BUKTI PAS TIDAK LAYAK GUNA NAMA ISLAM

Oleh : ANAK CILI
Oktober 23, 2023 - 15:08 MYT
BUKTI PAS TIDAK LAYAK GUNA NAMA ISLAM

Banyak parti parti di dunia ini yang menjadikan Islam sebagai asas kepada perjuangan parti tetapi mereka tidak sanggup meletakkan nama Islam kepada parti mereka. Ini adalah kerana sebarang kesilapan dan kekurangan yang ada pada parti atau pemimpin parti Islam dibimbangi akan mencemarkan nama baik malahan dilihat sebagai kekurangan kepada agama Islam.

Cuma di Malaysia PAS atau Parti Islam SeMalaysia tetap dengan keangkuhan dengan menggunapakai nama Islam pada parti. Islam akan dilihat selari dengan apa yang dilakukan oleh parti Islam tetapi jika amalan dan kekurangan parti Islam itu bukanlah datang dari ajaran Islam yang telah pun sempurna.

Pendedahan seorang usahawan syarikat percetakan yang meminta PAS untuk membayar hutang mereka yang telah sekian lama tidak diendahkan oleh kepimpinan PAS. "Mereka pakai kereta mewah, boleh buat Muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dengan bayaran sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit. 
Tetapi soal hutang mereka tak ambil berat untuk diselesaikan”.

“Pengurus N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, menyatakan rasa geram melihat PAS dan sikap kepimpinannya yang didakwa 'bermewah-mewah' namun gagal mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang Harakah”.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=722510276580472&id=100064645185457&mibextid=Nif5oz
Rakyat boleh menilai adakah tidak membayar hutang itu ajaran Islam. Cuma rakyat akan terdiam dan bisu kerana takut mengkritik kerana mereka dianggap kononnya ulama dan agamawan yang dilihat terlalu disanjung sehinggakan apa sahaja kesalahan dan dosa mereka diselindung melalui jubah dan ketayap.
Jangan bertukar tasbih dengan dadu hanya kerana nama Islam serta perwatakan. - Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow