SUCI SANGATKAH PERIKATAN NASIONAL?
Kecenderung Hadi menyerang kepimpinan PHBN langsung tidak mencerminkan keperibadian yang diangungkan oleh penyokong PN sebagai ulama yang dihormati. Kehormatan ulama perlu dilihat secara holistik bukan sahaja kepada tahap keilmuan tetapi akhlak dan tutur kata.
“Dalam Pakatan Harapan ada bekas banduan, kluster mahkamah pun ada, macam mana kami nak ikut? “, antara kata Hadi mengulas kenyaan Asraf Wajidi “PAS akan menyucikan parti parti dalam Kerajaan Perpaduan”.
Apakah di dalam PN tidk ada perasuah dan kluster mahkamah? Apakah pandangan Hadi berkaitan video yang dikaitkan semburit Azmin Ali? Apakah Presiden Bersatu Muhyidin bukan dari kluster mahkamah? Bagaimana pula status Wan Saifulruddin Ketua Penerangan Bersatu yang telah di dakwa di mahkamah?
Tidakkah Shahidan Kasim juga merupakan bekas kluster mahkamah berhubung dakwaan mencabul gadis bawah umur?
Atau paling tidak apakah kes rasuah yang melibatkan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid dari PAS juga suci sekalipun telah dibatalkan kemenangan PRK 15 atas dakwaan berlaku rasuah kepada pengundi?
Begitu juga video video”wallahi, saya undi PAS”yang dikaitkan dengan AJK Kawasan Marang berlaku dalam Parlimen Marang viral dan bukan rahsia yang perlu PAS sembunyikan mereka adalah parti yang suci.
Kepimpinan PAS jangan mendabik dada mereka hanya mahu bekerjasama dengan mereka yang dianggap suci tetapi mempergunakan mereka untk kepentingan politik. PAS juga yang menggunakan Anwar sebagai modal politik dalam siri kempen di seluruh negara sebaik sahaja Anwar di tangkap mahupun dibebaskan.
PAS juga pernah bekerjasama dengan parti parti dalam Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat selain bersama BN dalam dalam beberapa PRK untuk menumbangkan calon Pakatan Harapan suatu ketika seperti di Parlimen Cameron Highland di Pahang dan PRK Parlimen Tg Piai di Johor?
Hipokrasi apakah lagi yang ingin di tunjukkan oleh Hadi sebagai ahli politik? Elok juga diingatkan pantun Hadi ketika berkempen di Tg Piai yang boleh sahaja bekerjasama dengan parti yang dikatakan hari ini dipenuhi dengan kluster mahkamah.
Tg Piai pergi ke Dumai,
Sampai di sana naik kereta,
Keluar mengundi beramai ramai,
MCA kawan kitaaaaa…
- Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











