AKTA HASUTAN : JERAT TAK LUPA PELANDUK
Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali. Lupa barangkali kerana sudah tua yang menyebabkan daya ingatan semakin lemah. Dalam usia 76 tahun Muhyidin perlu akui bersara dari politik adalah lebih baik memandangkan Akta Hasutan tidak mengenal usia.
Pada sidang Parlimen kali ini Muhyidin membangkitkan persoalan tentang #3R yang menyebabkan beliau dipanggil untuk siasatan oleh pihak Polis dan mempertahankan kebebasan bersuara. Cuma beliau lupa bahawa siasatan pihak polis adalah berdasarkan aduan yang diterima.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin menjelaskan antara siasatan yang dijalankan terhadap Muhyidin Yasin ketika Ceramah Mega PN Best di Bukit Moh Parit Jawa pada 16 hb November 2022.
“Mengundi Pakatan Harapan adalah bahaya kerana menaja Yahudi dan menyebabkan kristianisasi di Malaysia”.
Tentunya polis melihat kenyataan ini jika benar ianya dikeluarkan oleh Muhyidin Yasin menjadikan asas yang kukuh untuk siasatan dibuka. Sebagai bekas Menteri Dalam Negeri sewajarnya beliau menyedari sempadan kerana ucapan ahli politik seperti beliau akan dilihat serius oleh masyarakat kerana menyentuh sensiviti agama dan bersifat perkauman.
Nada beliau jauh berbeza ketika bersama dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang di kempen PRK Semenyeh pada 26 Februari 2019 “kerajaan akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam”.
Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam, apabila melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.
https://www.astroawani.com/.../ph-sentiasa-jaga-hak...
Muhyidin akhirnya terjerat dengan sendiri kerana memilih untuk menjadikan isu #3R sebagai modal politik. Tiada siapa yang menghalang kebebasan berucap bagi menyatakan nasib bangsanya, kemulian agama Islam dan mempertahankan Raja nya tetapi jika sebaliknya maka terimalah akibatnya jika di siasat mengiku Akta Hasutan mahupun Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi.
Benarlah kata pepatah pelanduk mungkin lupajan jerat tetapi mana mungkin jerat melupakan pelanduk. - Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











