Pembangkang Kemaruk Kuasa: PAS & PN Hilang Prinsip, Jadi Pak Turut Demi Kerusi
PAS suatu ketika dahulu melaung diri sebagai parti berprinsip, menentang ICERD, Hindraf dan kerjasama dengan DAP habis-habisan. Tapi hari ini? Semua itu dilupakan. Bila nampak peluang kuasa, PAS sanggup bersekongkol dengan pihak yang dahulu mereka haramkan. Prinsip yang dijaja bertahun-tahun kini jadi bahan ketawa dan PAS bukan lagi penjaga agama, tapi penjilat kuasa.
Perikatan Nasional (PN) pula semakin jelas sebagai gabungan desperado. Mereka tidak ada visi, tidak ada pelan pembangunan, tidak ada dasar rakyat. Yang mereka tahu hanyalah satu perkara iaitu asal bukan kerajaan Madani. Inilah merupakan politik paling rendah martabatnya serta gabungan parti tanpa kesatuan prinsip, hanya untuk rebut kuasa.
Dalam PN sendiri, retak sudah tidak dapat disorok. Bersatu mahu jadi “abang besar”, semua jawatan penting mahu disapu. PAS pula hanya mampu tunduk, demi memastikan mereka masih boleh menumpang.
Peletakan jawatan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari PN selepas Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung tanpa rundingan dengan PAS jelas menunjukkan PAS ditendang ke tepi, tapi masih rela menjilat demi kerusi.
PAS dan sekutu pembangkangnya pandai menyalak tentang isu rakyat, tentang kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan. Tapi bila ditanya apa cadangan mereka? Sunyi sepi. Mereka lebih ghairah berpolitik berbanding bekerja untuk rakyat. Apa yang dibawa hanyalah retorik basi, tanpa solusi konkrit.
Contoh seperti PAS Pahang ketika sidang DUN yang berlangsung baru-baru ini. Apabila mereka diberikan peluang untuk berbahas, tidak seorang pun dikalang wakil rakyat mereka bangun untuk berbahas sedangkan peluang untuk berbahas sudah diberikan kepada sesiapa sahaja untuk berbahas.
Sikap ADUN PAS Pahang yang lantang menyalak kononnya tidak diberi peluang dan masa mencukupi untuk berbahas isu rakyat ternyata tidak lebih sekadar drama politik murahan. Hakikatnya apabila ruang dan peluang diberikan, mereka sendiri memilih untuk membisu tanpa idea bernas mahupun hujah yang mampu membela kepentingan rakyat.
Tindakan itu jelas membuktikan bahawa rungutan mereka bukan kerana perjuangan rakyat, tetapi kerana kegagalan sendiri untuk tampil dengan hujah berkualiti. Pendek kata, PAS lebih selesa menjerit di luar gelanggang daripada menggunakan peluang sebenar yang ada dan sikap yang hanya menyerlahkan kemiskinan idea dan kelemahan kepimpinan mereka.
Rakyat sudah semakin bijak menilai. Mereka tahu pembangkang hanya pandai berdrama, berkelahi sesama sendiri, dan menjaja sentimen murahan. Apa yang rakyat mahu ialah penyelesaian realistik bukannya politik u-turn, bukan hipokrasi, bukan nafsu kuasa yang membuta tuli.
PAS dan sekutu PN semakin hilang arah. Mereka sanggup berpaling dari prinsip, menjadi pak turut, dan melacurkan maruah hanya kerana kuasa. Kemaruk kuasa mereka adalah penyakit politik yang mematikan integriti, menghapuskan perjuangan, dan akhirnya menghancurkan masa depan negara.
Apa Reaksi Anda?











