PRK Kuala Kubu Baru : MCA & MIC cukuplah bernostalgia

Oleh : ANAK CILI
April 23, 2024 - 09:00 MYT
PRK Kuala Kubu Baru : MCA & MIC cukuplah bernostalgia
Naib Presiden UMNO YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail agar MCA dan MIC mempertimbangkan semula hasrat tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baru

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Naib Presiden UMNO YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail agar MCA dan MIC mempertimbangkan semula hasrat tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baru memperlihatkan kepimpinan BN dan UMNO mengutamakan kestabilan politik demi kebaikan semua. 

“Dalam meraikan politik baharu yang lebih matang terutamanya selepas PRU ke 15, parti parti komponen BN termasuk UMNO sekalipun harus menerima perubahan kerana kita telah bersetuju bersama dalam pembentukan kerajaan perpaduan”, antara kata kunci dalam siaran media oleh Naib Presiden UMNO YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tanggal 24 Nov 2022, Anwar Ibrahim telan dilantik oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong adalah lembaran baharu politik Malaysia. Segala titik bengit yang menunda perjalanan seharus dilupakan untuk fokus kepada mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara  paling kurang sebelum PRU ke 16. 

MCA dan MIC selaku komponen BN yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan perlu mengelak menjadi duri dalam daging kerana UMNO bukanlah parti yang setahun jagung hinggakan tidak mengenali politik MCA dan MIC.

Lihat sahaja parti Gerakan yang berada dalam Perikatan Nasional sekalipun hanya menang satu kerusi dalam PRU ke 15 tetapi mereka seperti ular yang menyusur akar yang tidak akan hilang bisanya. Kesabaran mereka pada tahap tertinggi dengan sikap pemimpin PAS dan Bersatu yang cuba menonjolkan diri sebagai ultra Melayu dengan menunggang agama berada dalam Perikatan Nasional.

Begitu juga sokongan kaum India kepada PKR bilamana tiada seorang pun dari pemimpin dikalangan kaum India dipilih sebagai Naib Presiden PKR tetapi merekaa tetap berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR sekalipun tiada seorangpun etnik India dilantik sebagai Menteri pimpinan Anwar serta tiada seorangpun dikalangan 4 setiausaha politik Anwar dipilih dikalangan etnik India. Namun etnik India secara umum tetap mendokong PKR tanpa ada insiden ugut mengugut sebagaimana MIC.

Pasca PRU 15 kerajaan yang dibentuk  dinamakan Kerajaan Perpaduan dengan meletakkan kepentingan negara berbanding kaum dan individu mahupun parti. Jika MCA elergik akan DAP tetapi dalam masa yang sama gagal menarik sokongan masyarakat Cina di negara ini apa makna segala kegatalan yang menyebabkan MCA tergaru garu?

Apakah MIC sudah cukup berpengaruh dikalangan masyarakat India jika Presiden MIC sendiri tewas di Parlimen Sungai Siput pada PRU ke 15? Tidak pernah pula kedengaran Presiden UMNO meminta Presiden MCA dan MIC meletakkan jawatan berbanding MCA dan MIC yang tergamak meminta Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN mengundur diri pasca PRU ke 15?

Ungkit mengungkit hanya menambah luka di hati, mengapa tidak waktu berada di dalam Kerajaan Perpaduan ini MCA dan MIC begitu jua UMNO yang sudah berabad lamanya berada dalam Barisan Nasional bermuhasabah diri dan saling melengkapi.

Jika dikalangan ahli politik MCA dan MIC masih kekal dengan keegoan, ianya akan merugikan semua pihak. Perbezaan pendapat pastinya ada dikalangan parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan  kerana ianya menguji kematangan berpolitik. 

Jangan sampai menang jadi abu kalah jadi arang. Arang habis besi binasa. Apa makna bintang di langit boleh di bilang tetapi arang di muka tak sedar.

Cukup cukuplah bernostalgia dengan politik masa lalu dan bersimpuh di kuburan kenangan.

PEDAS BERAPI
ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow