Dua buah helikopter TLDM dilaporkan terhempas

Oleh : BARD
April 23, 2024 - 11:00 MYT
Dua buah helikopter TLDM dilaporkan terhempas

LUMUT - Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

"Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti," katanya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow