Anak libas bapa guna pisau dan rotan sebelum bakar rumah

Oleh : BARD
September 19, 2025 - 10:00 MYT
Anak libas bapa guna pisau dan rotan sebelum bakar rumah

Seorang lelaki bertindak membakar rumah milik bapanya di Kampung Tengah, Jalan Bakri pada Rabu selepas mencederakan warga emas itu dengan rotan dan pisau.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.43 pagi itu, turut menyebabkan sebuah kereta serta motosikal musnah dengan anggaran kerugian antara RM100,000 hingga RM150,000.

“Sebelum kebakaran, suspek berusia 32 tahun telah memukul serta melibas bapanya berusia 70 tahun dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan kecederaan. Mangsa kini dirawat di Hospital Muar.

“Suspek yang tidak bekerja ditahan disahkan positif methamphetamine dan sedang menerima rawatan kerana kecederaan ringan.

"Dia juga disyaki mempunyai masalah mental,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Raiz Mukhliz, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memantau ahli keluarga agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang boleh membawa kepada kejadian tidak diingini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow