JAIP tarik sijil halal dua syarikat
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil pengesahan halal membabitkan dua syarikat berpangkalan di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Dua syarikat terbabit ialah GoodFood Industries Sdn Bhd dan NKM (Kuantan) Sdn Bhd.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi agensi itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Bil. 4/Sesi 1 Tahun 2026.
“Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa serta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.
Bagaimanapun, JAIP tidak memperincikan sebab penarikan sijil halal berkenaan.
Apa Reaksi Anda?











