Aidilfitri: Semoga Ukhuwah Terjalin Terus Diperkukuhkan – Wan Rosdy
Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Pahang.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Jamuan Meriahnya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada Selasa.
“Saya dan isteri berkesempatan menghadiri Majlis Jamuan Meriahnya Aidilfitri DUN Muadzam Shah di Dewan Besar DARA, Muadzam Shah, Rompin malam tadi.
“Suasana majlis cukup meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum, jelas mencerminkan keharmonian dan semangat muafakat yang menjadi kekuatan kita di Negeri Pahang.
“Inilah keindahan sebenar Aidilfitri. Menyatukan hati, merapatkan silaturahim dan menyemarakkan rasa kekitaan tanpa mengira latar belakang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar semangat kebersamaan antara rakyat dan pemimpin akan terus menjadi asas kepada kemakmuran Negeri Pahang.
“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Dato' Ir Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah atas jemputan ke majlis yang cukup bermakna ini.
“Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan semangat kebersamaan ini sentiasa menjadi asas kepada kemakmuran serta kesejahteraan negeri Pahang yang kita cintai ini,” katanya lagi.
Apa Reaksi Anda?











