PRK Kemaman : Bina atau bakar jambatan

Oleh : ANAK CILI
Disember 1, 2023 - 15:38 MYT
PRK Kemaman : Bina atau bakar jambatan
Calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor peluang terbaik membina jambatan antara rakyat Kemaman dan Kerajaan Perpaduan

Pengundi di Parlimen Kemaman akan mengundi bagi menentukan wakil rakyat mereka esok 2hb Disember . Mereka Cuma ada dua calon pilihan samada Calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi ataupun Dato Sri  Ahmad Samsuri Moktar. Pertarungan dua individu ini juga memberikan gambaran terkini sekongan rakyat di Kemaman samada calon Kerajaan Perpaduan yang diwakili oleh Barisan Nasional ataupun calon Perikatan Nasional dari PAS.

Keputusan di PRK Parlimen Kemaman juga menjadi petunjuk samada isu nasional akan mendapat tempat atau lebih dipengaruhi oleh faktor politik tempatan. Jika di amati perkembangan mutakhir ini tentu sahaja Perikatan Nasional sedang berada dalam kemelut berikutan krisis kepimpinan dan keyakinan .

Tindakan 5 orang Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah menyokong Kerajaan Perpaduan adalah kerana mereka merasakan terus menyokong PN akan menyebabkan kerugian kepada rakyat di kawasan masing masing . Rakyat Kuala Kangsar, Labuan , Gua Musang , Jeli dan Bukit Gantang tidak mahu ketinggalan menerima peruntukan pembangunan . Jadi kenapa perlu rakyat Kemaman perlu menolak calon BN  yang berada dalam Kerajaan Perpaduan? 

PRK ini adalah jambatan kepada rakyat Kemaman , satu satunya kawasan di Terengganu yang mempunyai peluang. Kemaman seharusnya menjadi “ bench mark “ . Pilih calon Parlimen dari BN untuk Kemaman dan bandingkan prestasi beliau dengan 7 lagi Ahli Parlimen dari PN di Terengganu.

Diakhirnya terserah kepada pengundi di Kemaman samada ingin membina jambatan dengan Kerajan Persekutuan dengan memilih caalon BN Tan Sri Raja Mohamad Atfandi atau membakar jambatan  dengan memilih calon PN Dato Sri Ahmad Shamsuri Moktar.

Lihat lah jambatan “Terengganu Draw Bridge “ yang di bina hasil usaha pemimpin BN yang memerintah di negeri dan Persekutuan dulu. Menjadi mercu tanda yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Kemaman berpeluang dan jangan terlepas peluang membina jambatan.

Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow