Tiba-tiba dalam akaun bank ada RM404 juta

Oleh : PAHANGKU
Disember 1, 2023 - 15:04 MYT
Tiba-tiba dalam akaun bank ada RM404 juta
Tangkap layar akaun hafidzah mempunyai lebih RM400 juta. - Tangkap layar HAFIDZAH ABDULLAH/LinkedIn/The Straits Times/ANN

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan Maybank terkejut apabila mendapati akaun banknya mempunyai lebih RM404 juta.

Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah berkata, beliau menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, katanya, kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.

Katanya, beliau tidak sangka perkara itu boleh terjadi dan memerlukan menyelesaikan masalah untuk mendapatkan semula akses terhadap akaun banknya itu.

"Saya hargai kejadian ini dan menganggap ia adalah pengalaman perbankan yang tidak dapat dilupakan, namun saya rasa masalah ini akan menjadi lebih berpanjangan sekiranya tidak diselesaikan segera.

"Mesti ada yang fikir saya mendapat loteri? Itu tidak benar. Ia adalah gangguan sistem," katanya dalam perkongsian di LinkIn miliknya. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow