Mitos Samsuri bakal PM muslihat raih undi di Kemaman
Masih terdapat masyarakat Melayu yang percaya akan cerita tahyul dan mitos . Dalam sejarah Melayu lama cerita rakyat seperti mitos dan lagenda adalah sastera lisan yang disampaikan kepada masyarakat sebagai hiburan setelah penat bekerja samada di sawah padi sebagai petani atau nelayan di zaman dahulu kala.
Cuma menghairankan masih ada yang ternganga mulut mendengarkan cerita mitos di era milenium ini. Malahan lebih dari itu akan bertakbir lalu percaya rekayasa bahawa calon pilihanraya PAS di PRK Kemaman adalah calon Perdana Menteri.
Adalah sesuatu yang mustahil bagi Ahmad Samsuri dipilih sebagai PM ketika ini memandangkan PN tidak “cukop Jumeloh” sekalipun memenangi dengan majoriti sebesar 30 ribu sebagaimana yang dicanangkan semasa kempen PRK Kemaman kali ini.
Apatah lagi dengan pembelotan 5 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Kerajaan Perpaduan bermakna 152 dari 222 ahli Parlimen sebagai majoriti 2/3. Orang Kemaman di bukan sahaja di perbodoh bodohkan oleh Muhyidin yang memberikan harapan bahawa Ahmad Samsuri calon PM jika menang di PRK Kemaman .
Malam ini sekali lagi orang di Kemaman cuba diperbodohkan oleh Tun M dalam ceramah Grand Finale PRK Kemaman bahawa Ahmad Samsurri calon PM jika menang di Kemaman. Kenyataan ini hanyalah unuk meraih undi orang Kemaman bahawa mereka akan mendapat Ahli Parlimen Kemaman sebagai PM jika dia memang kali ini.
Mereka sedar Haji Hadi tidak layak diangkat sebagai PM kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan sokongan dari ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. PN masih lagi percaya untuk menukar kerajaan secara tebuk atap kononnya ada dikalangan Ahli Parlimen dari BN akan menyertai Perikatan Nasional.
Ternyata sebenarnya ianya tidak akan berlaku kerana mereka terikat dengan Akta Lompat parti selain perlu mengosongkan kerusi parlimen mereka juga berdepan dengan saman sebanyak RM 100 juta sekiranya menyokong Perikatan Nasional.
Diandaikan berlaku sekalipun, PN perlu meraih sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Orang orang di Sabah dan Sarawak akan tetap menolak PAS . Komuniti Iban yang masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenyataan yang dikeluarkan selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, Hadi mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.
PN akan selama lamanya berada di kerusi pembangkang kerana hakikatnya di Malaysia untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dimana majoriti bukan Melayu dan bukan Islam.
Pengundi Kemaman perlu bijak menentukan masa depan. Cukuplah dengan cerita mitos yang sedia ada bukan menambah lagi Mitos bahawa Ahmad Samsuri calon PAS mewakili PN sebagai Perdana Menteri.
Berat Nanang Mung
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











