TUAN IBRAHIM CUBA PUTAR BELIT, MALAYSIA KONSISTEN BELA PALESTIN
Kenyataan Tuan Ibrahim yang cuba menekan AMANAH dan UMNO kononnya membisu soal kedatangan Donald Trump ke Malaysia jelas menunjukkan sikap politik murahan PAS. Realitinya, kehadiran Trump bukan soal suka atau tidak suka, tetapi kerana Malaysia kini memegang jawatan Pengerusi ASEAN, maka secara rasmi semua pemimpin kuasa besar dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat dijemput.
Kehadiran Trump ke Persidangan ASEAN tidak bermakna Malaysia mengiktiraf jenayah Israel. Sebaliknya, inilah platform terbaik untuk menyuarakan pendirian kita terus kepada pemimpin dunia. Hanya pemikiran jumud PAS sahaja yang melihat diplomasi sebagai pengkhianatan.
Apa Reaksi Anda?











