Had Umur Perdana Menteri: PAS Lagi Sibuk Main Politik, Rakyat Terbiar

Oleh : BARD
September 27, 2025 - 12:00 MYT
Had Umur Perdana Menteri: PAS Lagi Sibuk Main Politik, Rakyat Terbiar

Cadangan PAS mahu menetapkan syarat Perdana Menteri bawah 70 tahun adalah contoh terbaik bagaimana parti itu sebenarnya tidak pernah serius tentang rakyat, tetapi hanya gila kuasa dan pandai bermuka-muka.

Kononnya PAS mahu “pembaharuan kepimpinan” dengan alasan Perdana Menteri mesti muda, segar, bertenaga. Tapi peliknya, barisan pemimpin tertinggi mereka sendiri ramai yang sudah menjangkau usia 70-an. Kenapa tidak letakkan syarat sama dalam parti sendiri? Kenapa tidak had umur untuk Presiden PAS atau barisan ulama yang sudah uzur?

Nampak sangat PAS hanya pandai menjual sembang agama bercampur politik tetapi bila sampai pada kepentingan kuasa, semua prinsip hilang.

Lihat saja di muktamar mereka yang penuh dengan ucapan berapi-api, sindiran kepada sekutu dan drama politik murahan. PAS lebih seronok melabel orang lain sebagai “beban” atau “kudis” dalam gabungan, padahal merekalah yang paling banyak menikam belakang.

Mereka lupa, rakyat memerhati. Muktamar bukan pentas ceramah kampung zaman 80-an lagi. Semua sandiwara mereka kini tular dalam media sosial dan rakyat boleh nampak jelas betapa hipokritnya parti yang konon perjuang Islam tapi penuh dengan agenda kuasa.

Dalam keadaan rakyat bergelut dengan kos sara hidup, isu pekerjaan, dan harga barang yang kian menekan, PAS masih sibuk mencipta syarat pelik untuk jawatan Perdana Menteri. Apa faedahnya kepada rakyat kalau Perdana Menteri muda tapi gagal urus ekonomi?

PAS nampaknya lupa bahawa politik bukan pentas lawak, tetapi medan tanggungjawab.

Cadangan had umur Perdana Menteri hanyalah topeng untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin, sekali gus membuka jalan supaya PAS lebih dominan dalam Perikatan Nasional. Tapi rakyat tidak bodoh. Mereka tahu PAS hanya pandai bermain wayang, bercakap besar di pentas muktamar, tetapi gagal menawarkan dasar yang menyelesaikan masalah sebenar.

Nampaknya PAS semakin tersasar dan terlalu ghairah berpolitik sampai terlupa perjuangan rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow