MP Jasin Kalah AJK PAS Pusat: Qunut Nazilah Tak Menjadi?

PAS selalu menjual imej bahawa mereka parti yang paling dekat dengan Tuhan. Bila berdepan lawan politik, doa Qunut Nazilah jadi senjata. Bila kalah pilihan raya, mereka kata belum sampai masa. Bila menang, kononnya kerana pertolongan langit.
Tetapi apabila MP Jasin sendiri kalah dalam pemilihan AJK PAS Pusat, persoalan besar muncul di manakah keberkesanan doa-doa itu? Adakah Qunut Nazilah hanya digunakan ketika mahu menundukkan musuh luar, tetapi bila kalah sesama sendiri, ia dianggap “takdir”? Atau mungkin doa itu tidak mampu menutup hakikat sebenar bahawa dalam PAS sendiri wujud tikam-menikam dan cantas-mencantas?
Ironinya, selama ini PAS mendabik dada konon mereka bersih daripada budaya perebutan kuasa. Namun kekalahan seorang Ahli Parlimen dalam gelanggang parti membuktikan sebaliknya. Qunut Nazilah tidak mampu menyelamatkan sesiapa bila berdepan politik dalaman. Yang lebih berkuasa bukan doa, tetapi blok dan restu kumpulan tertentu.
Rakyat di luar melihat ini dengan sinis, kalau dalam pemilihan dalaman pun doa tidak mampu “mengubah keputusan”, bagaimana PAS mahu terus menunggang naratif bahawa mereka adalah parti pilihan langit? Kekalahan MP Jasin adalah tanda jelas PAS juga parti politik biasa, penuh percaturan, kuasa dan strategi. Qunut Nazilah hanya jadi kosmetik untuk menutup kelemahan.
Soalnya sekarang, selepas MP Jasin kalah, adakah PAS akan mengulangi skrip lama dengan menyalahkan takdir dan berkata “Allah sedang menguji”? Atau mereka berani mengaku bahawa doa tidak akan mengubah keputusan kalau manusia dalam parti sendiri sudah berpakat untuk menolak?
Kekalahan ini satu pengajaran pahit. PAS boleh terus baca doa di pentas ceramah, tetapi akar umbi sudah mula menghantar mesej doa tidak cukup untuk mengekalkan jawatan.
Apa Reaksi Anda?






