Pembangkang Tidak Bertanggungjawab Tolak Belanjawan 2026

Oleh : BARD
November 6, 2025 - 16:53 MYT
Pembangkang Tidak Bertanggungjawab Tolak Belanjawan 2026

Tindakan 67 Ahli Parlimen pembangkang menolak Belanjawan 2026 baru-baru ini menunjukkan betapa mereka lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Sikap pembangkang sebegitu jelas menggambarkan tahap kebertanggungjawaban blok pembangkang di Dewan Rakyat yang semakin merosot.

Bayangkan, bajet yang disusun untuk manfaat rakyat termasuk bantuan, pembangunan, dan kebajikan pun mereka sanggup tolak. Kalau benar-benar berjiwa rakyat, sepatutnya mereka menyokong apa sahaja dasar yang membawa kebaikan kepada negara, bukan menentang semata-mata kerana politik.

Tindakan pembangkang itu bukanlah kerana mereka tidak faham isi belanjawan, tetapi kerana sikap dengki dan mahu mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan.

Rakyat kena buka mata pembangkang bukan menentang sebab bajet itu tak baik, tapi sebab mereka tak mahu kerajaan berjaya. Kalau mereka betul-betul prihatin, tentu mereka bantu cari penyelesaian, bukan sabotaj usaha kerajaan.

Belanjawan 2026 merupakan dokumen penting bagi meneruskan agenda pembangunan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat di semua peringkat tercapai.

Sidang Parlimen Penggal Keempat kini sedang berlangsung dari 6 Oktober hingga 4 Disember, dengan pelbagai isu dasar, ekonomi dan sosial menjadi fokus perbahasan ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow