'Hormati keputusan, privasi mengenai perkahwinan saya' - Tengku Hassanal

Oleh : BARD
Julai 12, 2024 - 11:00 MYT
'Hormati keputusan, privasi mengenai perkahwinan saya' - Tengku Hassanal

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat menghormati privasi peribadi baginda.

Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran di X pada Khamis mendapat perhatian rakyat.

Tengku Hassanal memaklumkan sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, baginda sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi oleh orang ramai.

"Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

"Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya," tulis baginda.

Tengku Hassanal bertitah, buat masa ini, baginda komited untuk berkhidmat kepada raja dan negeri.

"Saya dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih," titahnya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow