Zaliza dilantik Datuk Bandar Kuantan baharu

Oleh : BARD
Mei 29, 2025 - 09:00 MYT
Zaliza dilantik Datuk Bandar Kuantan baharu

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato' Zaliza Zulkipli dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan yang baharu.

Beliau menggantikan Dato' Razihan Adzharuddin yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, pada Rabu.

Dalam hantaran itu, Wan Rosdy turut mengumumkan pelantikan Dato' Ahmad Khirrizal Ab Rahman sebagai Pengarah JAIP yang baharu.

Turut diumumkan, Dato' Aida Munira Abdul Rafar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), manakala Pegawai Daerah Jerantut, Dato' Sharuddin Jali dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuantan yang baharu.

Jawatan Pegawai Daerah Jerantut pula diisi oleh Sulaiman Husin, manakala Rizal Mustafa dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Menerusi hantaran itu juga, Wan Rosdy mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dalam penyerahan surat penempatan dan lantikan ketua jabatan pentadbiran baharu di bawah Setiausaha Kerajaan Pahang.

“Semoga dengan pelantikan ini, pentadbiran kerajaan negeri terus lancar dan cekap demi kesejahteraan rakyat. Insya-Allah.

“Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan,” ujarnya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow