Surat lantikan vendor adalah palsu - FAMA Pahang
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menafikan kewujudan surat pelantikan vendor yang menggunakan nama, logo dan tandatangan ketua pengarah agensi itu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, agensi itu menjelaskan dokumen berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya dan disahkan mengandungi maklumat palsu yang direka pihak tidak bertanggungjawab.
"FAMA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, salah faham atau urus niaga yang berlaku akibat tindakan mempercayai atau menggunakan dokumen palsu tersebut," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi jabatan itu pada Selasa.
FAMA menegaskan, pihaknya memandang serius terhadap penyalahgunaan nama dan logo agensi terbabit.
Jelasnya, tindakan sewajarnya mengikut undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
“Orang ramai, usahawan dan mana-mana pihak yang menerima surat atau komunikasi mencurigakan dinasihatkan supaya segera mengesahkan kesahihan maklumat.
"Mereka boleh hubungi Pejabat FAMA berhampiran atau boleh juga berhubung melalui saluran rasmi kami,” katanya.
Apa Reaksi Anda?











