ADUN PAS Semantan Cuba Mengelirukan Fakta Isu Penghapusan Hutang Air Pahang

Oleh : BARD
September 4, 2025 - 17:02 MYT
ADUN PAS Semantan Cuba Mengelirukan Fakta Isu Penghapusan Hutang Air Pahang

ADUN Semantan, YB Tuan Hassanuddin bin Salim sekali lagi cuba menanam persepsi songsang dengan mendakwa penghapusan hutang kerajaan negeri Pahang sebanyak RM2 billion daripada Kerajaan Pusat adalah hasil usaha YB Dato’ SriTuan Ibrahim Tuan Man (TITM) Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA).

Hakikatnya, rakyat Pahang perlu tahu bahawa proses rundingan penstrukturan semula bekalan air ini telah dimulakan jauh lebih awal oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 2013 lagi, sebelum TITM dilantik sebagai Menteri KASA. Malah, rekod jelas menunjukkan inisiatif awal ini digerakkan oleh kerajaan negeri Pahang yang Ketika itu sudah meneliti kaedah terbaik untuk memastikan beban hutang negeri dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keupayaan kerajaan negeri dalam mengurus hasil negeri demi kesejahteraan rakyat.

Jika kita teliti kronologi, kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Dato Sri Diraja Adnan Yaakob Ketika menjadi MB Pahang (2013-2018) menilite satu persatu tentang tawaran daripada Kerajaan Pusat Ketika itu. Usaha ini disambung oleh Menteri Besar Pahang baharu DS Wan Rosdy bin Wan Ismail selepas 09 Mei 2018. 

Pelbagai sesi libat urus, perbincangan, mesyuarat, pertemuan dan menilite semua aspek dilakukan oleh pentadbiran Wan Rosdy agar keputusan win-win situation dengan Kerajaan Pusat dapat dicapai tanpa menyusahkan rakyat.

Setelah dimuktamadkan pada bulan Disember 2019, KASA telah menghantar draf terakhir kepada Kerajaan Negeri pada Mac 2020 untuk diteliti pentabiran Wan Rosdy. Sebenarnya isu telah selesai pada Disember 2019, draft terakhir itu sebenarnya adalah semakan terakhir sebelum dimuktamad secara rasmi.

Apa yang berlaku hanyalah kelulusan akhir di peringkat kementerian satu prosedur biasa dalam mana-mana urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan pusat. Tetapi untuk ADUN Semantan terus menokok tambah seolah-olah segala usaha ini tercetus hanya kerana TITM, jelas merupakan cubaan mengaburi mata rakyat dan mengambil kredit murahan.

Lebih menyedihkan, tindakan sebegini menggambarkan sikap tidak matang pembangkang yang hanya tahu menangguk di air keruh. Mereka gagal mengiktiraf usaha konsisten kerajaan negeri Pahang di Bawah pimpinan YAB MB, yang sejak awal berjuang membawa penyelesaian jangka Panjang terhadap masalah hutang dan bekalan air.

Rakyat harus jelas kejayaan penghapusan hutang ini adalah hasil diplomasi, perancangan teliti serta usaha berterusan kerajaan negeri Pahang. Bukan retorik politik, bukan juga permainan persepsi untuk menyelamatkan imej seorang ahli politik yang semakin tenggelam di arus perdana.

Soalnya, kalau benar TITM dan PAS begitu hebat, mengapa negeri-negeri yang mereka kuasai langsung tidak mampu melaksanakan rundingan atau mencapai penyelesaian sehebat yang Pahang capai?

Jawapannya mudah kerana Pahang ada kepimpinan yang berani, berstrategi dan berpandangan jauh. Itu beza antara kerja sebenar dengan sekadar berpolitik siang malam.

Jelaslah PAS ini “KAKI CLAIM”.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow