ADUN PAS Jengka : Paku sebatang kuat bunyinya tukul bertalu talu

Oleh : ANAK CILI
Januari 25, 2024 - 15:54 MYT
ADUN PAS Jengka : Paku sebatang kuat bunyinya tukul bertalu talu

Pesemis ada sikap  sikap mental yang negatif, di mana hasil yang tidak diingini dijangkakan daripada situasi tertentu. Pesimis cenderung memberi tumpuan kepada perkara negatif dalam kehidupan secara umum.
Bagaikan uri yang keluar sewaktu kelahiran parti PAS, sikap pesemis ini dijadikan ramuan politik PAS mencipta persepsi bertujuan menyesatkan arah kompas politik rakyat yang mudah tertipu disebalik labuhnya jubah dan tebalnya lilitan serban untuk mewajarkan kebatilan.

ADUN PAS Jengka Shahril Azman antara ADUN PAS yang tebal   sikap pesimis terhadapa Kerajaan BN Pahang dengan menyasarkan Menteri Besar Pahang pada setiap kritikan di media sosial. Selain DAP , meratib nama MB Pahang menjadi zikir politik yang tak lekang dari  mulut beliau.

Betullah kata orang tua tua , hanya tin kosong yang berbunyi kuat. Apa jasa dan sumbangan beliau yang akan diingati sebagai wakil rakyat DUN Jengka. Kalau setakat berceramah di markas PAS Surau Rantau Perintis , ada ribuan ustaz yang mampu melakukannya.

Sesekali beliau akan melakukan adengan “stunt”, berdiri di tepi longkang atau lopak jalan dengan jari ajaib beliau sekelip mata ianya akan dapat di selesaikan . Walhal adengan “stunt”beliau itu sama level dengan Ketua Kampung atau Pengerusi KRT tanpa perlu dilakukan oleh wakil rakyat.

Rakyat tidak memilih wakil rakyat yang hanya tahu berkarya di longkang tetapi tidak juga mahukan wakil rakyat yang bermulut longkang seperti beliau. Asyik asyik meratib nama MB Pahang diselang seli dengan UMNODAP yang dipersalahkan setiap masa dan digambarkan sentiasa melakukan perkara yang tidak baik.


Akibat rungutan rakyat di DUN Jengka , wakil rakyat PAS tidak efektif membantu memudahkan urusan kebajikan dan keperluan maka MB Pahang melantilk Penyelaras DUN Jengka. Bagi tahun 2023 melalui Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang mencecah lebih RM 1 juta yang telah diberikan melibatkan perbelanjaan perubatan sakit kronik, kerusi dan katil pesakit, aktiviti kemasyarakatan  dan sukan Persatuan Belia, Khairat Kematian, Institusi masjid dan surau, PIBG sekolah dan pembelajaran anak ke IPTA.

@drismailsaid087 Orang ramai tak jumpa Penyelaras DUN?? Ramai je yang jumpa saya selaku Penyelaras DUN Jengka..bila ada permintaan, saya mohon dengan YAB MB @tokwan..kita bantu mana yang boleh. Bantuan tetap sampai kepada rakyat. #dsims #tokmailbantu #fyp #foryou #fypシ゚viral #bantuanprihatinpahang #pahang1st #kitabersama ♬ Music Instrument - Gerhard Siagian

Semua peruntukan diberikan tanpa dikenakan syarat dan kecenderungan politik asalkan layak. Tidak termasuk peruntukan pembangunan rutin penyelengaraan keperluan asas  dan pembangunn di Jengka tetap diberikan oleh Kerajaan BN Pahang sekaligus menolah tohmahan beliau MB Pahang amalkan politik lama dengan merasuah pengundi dengan kelulusan peruntukan yang diberikan perlu bersyarat menyokong Barisan Nasional.

Ada pelbagai Inisiatif lain seperti Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Kasih , Rumah Rakyat Pahang antara senarai panjang inisitif diberikan kepada rakyat Pahang yang tidak perlu syarat menyokong Kerajaan Barisan Nasional tetapi sebagai orang Melayu yang kaya dengan adab dan budi bahasa apalah kiranya rakyat menjiwai apa itu makna jasa budi yang perlu dikenang.

Shahril Azman ADUN PAS Jengka bagaikan paku sebatang kuat bunyinya tukul bertalu talu.

Lagilah kalau paku berkarat

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow