“Kit Alat Tulis: Ucapan Terima Kasih Tok Wan Buat Pembangkang Meroyan”
Laungan “Terima Kasih Tok Wan” daripada para pelajar SPM seluruh Pahang nampaknya benar-benar mencalarkan hati pembangkang. Benda yang sepatutnya jadi tanda penghargaan ikhlas tiba-tiba dijadikan isu politik oleh PAS, seolah-olah ucapan itu ancaman besar terhadap mereka. Begitulah rapuhnya politik mereka sekarang sampai budak sekolah pun mampu buat mereka panas.
Pembangkang menuduh kerajaan negeri masuk ke sekolah untuk berpolitik hanya kerana pelajar menghargai bantuan yang diberikan. Lucunya, kit alat tulis itu tiada logo parti, tiada warna politik, tiada sesiapa memakai baju parti, bahkan tiada bendera pun dikibarkan. Jadi apa sebenarnya yang membuat mereka tersakiti? Adakah kerana nama Tok Wan dipuji, sedangkan mereka tidak mampu memberi apa-apa kepada pelajar?
Yang menyedihkan, langsung tiada kemampuan dalam diri mereka untuk meraikan perkara baik yang kerajaan negeri lakukan. Apa sahaja yang membantu rakyat, pasti dipersoalkan. Bila kerajaan negeri sokong pendidikan anak Pahang, mereka spin. Bila rakyat berterima kasih, mereka marah. Inilah tanda pembangkang sudah ketandusan modal, semua perkara cuba dipolitikkan kerana mereka tiada isu yang bernas.
Lebih pelik, apabila ada sebahagian mereka berpolitik dalam masjid, itu tidak pula dijadikan isu. Senyap. Sunyi. Seolah-olah halal bila mereka lakukan, haram bila orang lain buat. Itulah double standard yang cukup sinonim dengan PAS, politik hipokrasi yang sudah tidak memikat rakyat.
Sebanyak 21,026 pelajar SPM menerima barangan persekolahan dengan peruntukan RM1.05 juta. Ini usaha jelas di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail pemimpin yang menjaga kebajikan rakyatnya.
Akhirnya, kisah “Terima Kasih Tok Wan” ini bukan sekadar tentang kit alat tulis, ia cerminan perbezaan dua dunia. Satu pihak bekerja, membina, dan membantu anak-anak Pahang melangkah ke masa depan. Satu lagi hanya pandai menuduh, menghasut, dan mencari isu walaupun tiada. Selagi Tok Wan terus berkhidmat dengan rekod yang terbukti, selagi kerajaan negeri konsisten mengangkat rakyat, selagi itulah pembangkang akan terus terbakar dengan kejayaan orang lain.
Dan kalau hanya ucapan terima kasih pun sudah mampu menggoyahkan mereka, bayangkan bagaimana hebatnya kerja Tok Wan sebenarnya. Rakyat sudah memilih untuk menghargai yang sakit hati itu masalah pembangkang, bukan masalah Pahang.
Apa Reaksi Anda?











