Mayat wanita dikerat 65, dibuang dalam semak

Oleh : BARD
September 8, 2025 - 09:19 MYT
Mayat wanita dikerat 65, dibuang dalam semak

Cebisan tubuh manusia dikerat dengan kejam kepada 65 bahagian ditemui di sebuah kawasan semak menggemparkan penduduk setempat.

Pihak berkuasa mengesahkan identiti mangsa sebagai TAS, 25, dan penemuan menggemparkan itu dibuat di Dusun Pacet Selatan, Desa/Kecamatan Pacet, Mojokerto di Jawa Timur, Indonesia pada Sabtu lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Lamongan dan menetap di Surabaya setelah tamat pendidikan sarjana S1 di Universitas Trunojoyo Madura (UTM).

Kasat Reskrim Polres Mojokerto, AKP Fauzy Pratama berkata, keterangan daripada keluarganya mengesahkan dia tinggal bersama kekasihnya yang juga penuntut di universiti sama.

"Tidak banyak maklumat yang kami peroleh kerana mangsa jarang berkomunikasi dengan keluarganya, namun mereka berharap pelaku segera ditangkap. Identiti teman lelakinya juga masih disiasat," jelasnya lagi.

Cebisan tubuh TAS pertama kali ditemui oleh penduduk yang mencari rumput.

Menurut polis, 63 daripadanya berupa tisu otot, lemak, kulit kepala serta rambut dan rata-rata berukuran 17x17 sentimeter.

"Dua bahagian tubuh yang lain ialah tapak kaki kiri dan pergelangan tangan kanan," ujar pihak berkuasa lagi. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow