Adun PAS Kuala Semantan Akui Akan Bawa Ramai Orang Luar Sempena Hogoh Jelai

Oleh : BARD
September 3, 2025 - 15:05 MYT
Adun PAS Kuala Semantan Akui Akan Bawa Ramai Orang Luar Sempena Hogoh Jelai

Malam tadi berlangsung ceramah yang dianjurkan parti PAS sempena program Hogoh Jelai yang dijangka dibuat pada Oktober depan. Dalam keghairan PAS untuk teraju Pahang tanpa mengendahkan titah Tuanku Sultan Pahang agar Ahli Yang Berhormat memfokus kepada isu rakyat dan tidak berpolitik 24 jam sehari, PAS nampaknya ingkar titah tersebut kerana kerasukan mereka untuk berkuasa.

Apa yang menarik dalam ceramah malam tadi, Adun PAS Kuala Semantan, YB Tuan Hassanuddin bin Salim mengakui akan membawa ramai orang luar ke DUN Jelai sempena program Hogoh tersebut. Terbukti, dengan mengajak orang luar Jelai PAS sebenarnya tidak mempunyai sokongan yang kuat di Pahang walaupun pada PRU lepas mereka berjaya memenangi 17 kerusi.

Apa yang hendak ditunjukkan oleh PAS di Jelai? Terbukti Jelai adalah kawasan kubu kuat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Setiap kali PRU berlangsung, majoriti Wan Rosdy kian meningkat. Ini membukti pengundi Dun Jelai celik dan tahu beza intan dan kaca. Jelai telah membangun di bawah Wan Rosdy. Ia menjadi sebuah pekan yang moden yang serba serbi lengkap dengan kemudahan asas. Tidak hairanlah pengundi terus memberi kepercayaan kepada Wan Rosdy untuk terus mewakili Dun Jelai.

Pahang tidak memerlukan orang luar untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan. Pahang semenjak PRU 2018, telah menjadi sebuah negeri yang berprasti tinggi. Dari sebuah negeri yang banyak ketinggalan kini sebuah negeri yang maju setanding negeri Selangor dan Johor. Kejayaan Pahang ini adalah disebabkan Menteri Besar dan pasukannya tidak berpolitik sepanjang masa, mereka bekerja, fokus demi mempastikan negeri dan rakyat terus terbela.

Pahang bertuah kerana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sangat mementingkan kesejahteraan rakyatnya. Lihatlah bagaimana Pahang telah mencatatkan rekod kutipan hasil negeri RM1 bilion lebih tiga tahun berturut-turut. Dan hasil kutipan itu telah diagihkan kembali melalui program Inisiatif Makmur (IM) Pahang. Dari bayi hingga warga emas semuanya merasai sentuhan kasih kerajaan negeri Pahang. 

Berbalik Hogoh Jelai, program yang dianjurkan oleh PAS Pahang ini sebenarnya buang masa. Mereka tiada modal politik selain membuat provokasi murahan di tempat Wan Rosdy (Jelai). Mereka ingin melihat reaksi Wan Rosdy supaya Adun Jelai itu melatah. Tapi mereka silap, kesediaan Wan Rosdy untuk mengalu-alukan kehadiran peserta Hogoh Jelai ke tempatnya membuktikan Wan Rosdy sangat terbuka. Peserta boleh melihat sendiri pembangunan di Jelai, melihat dengan mata sendiri perubahan Jelai berbanding dahulu. Cuma, Wan Rosdy menasihatkan peserta menjaga kebersihan semasa program.


Setelah melihat Jelai nanti, bolehlah negeri yang ditadbir oleh PAS menilai sendiri dengan negeri yang mereka tadbir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Lihat UMNO Pahang memerintah, dan bezakan dengan negeri Pas tadbir. Banyak beza. Jangan Malu-malu buat penilaian.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow