Istana Budaya ditutup dua tahun ranapkan Langkah Dubai
Berita penutupan Istana Budaya selama dua tahun tentu sekali khabar duka buat penyokong PN yang sudah tidak sabar sabar untuk menyaksikan acara angkat sumpah di adakan di situ. Segala penat lelah mereka berjaga sampai pagi mendengar amanat dari Raja Petra, Papa Gomo ,Salim Iskandar dan CekguBard nampaknya hanya membazirkan masa tidur.
Cuma Ratu Naga nampaknya mula main cantik tidak mahu dilibatkan dalam propaganda langkah Dubai. Apatah lagi bila Papa Gomo sudah di dakwa di bawah Akta Hasutan, Ratu Naga bertukar menjadi Ratu Kebaya .
Sejak bulan Ogos 2023 lagi diberitakan akan jatuhnya kerajaan pimpinan PMX tapi bagai pungguk rindukan bulan, bulan tak muncul pungguk mati beragan. Pimpinanan walaun yang terpaling sempoi Sanusi Md Nor pula dengan penuh yakin dan percaya hanya menunggu masa Kerajaan Persekutuan akan jatuh.
Kemunculan Raja Petra dengan 120 SD umpama memberikan Candy B yang mengubat kejantanan penyokong PN yang sudah menghidap kencing manis akibat terlebih makan gula gula politik.
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari. Istana Budaya tempat yang dikatakan akan monumental bersejarah pembentukan kerajaan tebuk atap dikhabarkan akan ditutup selama dua tahun .
Malang Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
Alahai..
Apa Reaksi Anda?











