PRK NENGGIRI : Siapa pengkhianat sebenar PAS atau BERSATU?

Oleh : ANAK CILI
Julai 16, 2024 - 10:00 MYT
PRK NENGGIRI : Siapa pengkhianat sebenar PAS atau BERSATU?
Gelangang pertarungan politik di PRK Nenggiri sebenarnya bukan sahaja berkisar antara pertembungan BERSATU dan UMNO sahaja tetapi sebenarnya antara BERSATU juga berhadapan dengan laluan sukar kerana terpaksa bertempur di dalam kelambu Perikatan Nasional bersama PAS

Hasrat PAS untuk meletakkan calonnya bertanding di PRK Neggiri nampaknya tidak kesampaian apabila Timbalan Presiden PAS mengumumkan bahawa kerusi tersebut akan diberikan kepada wakil dari Parti BERSATU.  Adrenalin PAS yang memuncak selepas kemenangan mereka di PRK Sungai Bakap tidak memberikan apa apa makna kerana suntikan kemenangan terpaksa diberikan kepada BERSATU yang lemah dimana telah tewas di PRK Kuala Kubu.

Ketua Dewan Muslimat PAS secara terbuka menunjukkan kerisauan akan kekalahan yang bakal ditempa jika tidak meletakkan calon daripada PAS apatah lagi 90 peratus jentera pilihanraya di DUN Nenggiri merupakan jentera PAS. 
“Sesungguhnya rakyat Nenggiri harus diyakinkan dan calon yang dipilih adalah calon yang tetap pendirian dan tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

“Perkara ini bukan sahaja menunjukkan keterbukaan Bersatu untuk menerima perkara ini sebagai cara mengangkat nilai persahabatan dan kekitaan dalam PN, bahkan ia adalah jalan memastikan kerusi Nenggiri tidak jatuh ke tangan parti lawan,” jelas Nuridah Mohd Saleh yang dimuat naik di Harakah Daily yang merupakan lidah rasmi PAS.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad  sudah menghantar tiga nama calon kepada pimpinan negeri untuk dipertimbangkan bagi bertanding PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini menunjukkan keinginan sebenar PAS yang mahukan kerusi Nenggiri di tandingi oleh PAS.

Pertikaian antara kepimpinan PAS dan BERSATU memang jelas kelihatan pastinya akan menjejaskan kesepakatan antara mereka yang semakin longgar. PAS begitu marah dengan kepimpinan BERSATU yang mengecewkan penyokong PAS yang bertungkus lumus memenangkan   calon BERSATU pada PRU 15, Mohd Azizi Abu Naim tetapi akhirnya  berpaling tadah menyokong PMX dan termasuk kalangan 6 Ahli Parlimen yang lain.


PAS dan BERSATU  saling berbalas kritikan sesama mereka apabila Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Nor,berkata isu keyakinan pengundi yang didakwa wujud susulan tindakan bekas penyandang Mohd Azizi Abu Naim menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim tidak berbangkit.

“Itu kata dia. Tapi tak ada masalah kerana PAS sebelum ini pun ada rekod macam-macam juga. Husam Musa, Mat Sabu (Mohamad Sabu) bukan daripada PAS juga ke?

Gelangang pertarungan politik di PRK Nenggiri sebenarnya bukan sahaja berkisar antara pertembungan BERSATU dan UMNO sahaja tetapi sebenarnya antara BERSATU juga berhadapan dengan laluan sukar kerana terpaksa bertempur di dalam kelambu Perikatan Nasional bersama PAS.

Siapa pengkhianat di dalam Perikatan Nasional ? PAS atau BERRSATU?

Jawapannya mudah, kedua duanya adalah parti terbina dari DNA khianat  dan melahirkan pemimpin hipokrit yang akhirnya akan saling mengkhianati antara satu sama lain. 

Pedas Berapi
Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow