Kelucahan melampau dan cabul Ustaz Budak dijatuhi hukuman penjara dikekalkan

Oleh : ANAK CILI
November 21, 2023 - 16:16 MYT
Kelucahan melampau dan cabul Ustaz Budak dijatuhi hukuman penjara dikekalkan
Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengekalkan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan cabulssabitan dan hukuman penjara 13 bulan terhadap ustaz budak

Perwatakan luaran tidak boleh dijadikan ukuran keperibadian seseorang, manusia tidak juga di nilai daripada kepetahan berceramah dengan menggunakan agama bagi menutupi perangai dan kelakuan keji.

@bromuin Lagi taksub seorang Ustaz dengan PAS, sampai jual karut marut Nabi Saw suruh kempen PAS, lagi jahat peribadi sebaliknya. Inilah Ustaz Budak PAS, yang telah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana meliwat budak-budak lelaki madrasah Tahfiz seliannya. Berapa ramai budak lelaki yang trauma diliwat Ustaz PAS yang diamanahkan ibu bapa. Pilihlah calon Perpaduan, tak pakai lebai tak apa, asalkan amanah dan berperibadi baik. #undiX4PMX #undiPHBN #anwaribrahim #malaysiamadani #phbn #malaysiamadani #mazwanjohar #barisannasional #ubahkelate #kalihkedah #ubahGanu ♬ original sound - CiliKasiTaruk

Ustaz Budak pernah viral di media sosial dengan kenyataannya yang kontroversi dan mencetuskan kegelisahan rakyat terutama yang beragama Islam memandangkan agama dijadikan tunggangan. Beliau yang menjadi pendokong kuat PAS pernah mengeluarkan kenyataan dalam ceramahnya Haji hadi bermimpi bahawa Nabi Muhamad berkata dalam mimpi “teruskan Tuan Guru..bendera bulan ni Islam sampai ke akhir hayat.

Mahkamah Tinggi di Kota Bharu hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 13 bulan terhadap beliau seorang mudir sebuah madrasah di Machang atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, atas alasan kesemua tujuh isu yang dibangkitkan perayu tidak boleh diterima. 

“Mahkamah Tinggi mendapati hukuman dan sabitan daripada Mahkamah Majistret pada 9 Mac lepas adalah tepat dan memadai berdasarkan kepada alasan penghakiman dan nota keterangan.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan sabitan dan hukuman dikekalkan iaitu perayu perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan bermula hari ini,” katanya.

Penggunaan Islam pada parti politik seperti PAS adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan sebarang tingkahlaku pemimpin dan pendokong yang mencemarkan nama Islam akan dilihat sebagai gambaran yang tidak baik kepada agama Islam sedangkan Islam adalah agama yang suci.

Mempergunakan Islam sebagai kepentingan peribadi dan politik hanya akan menyebabkan menyebabkan agama diheret sama dalam keperibadian yang tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar .

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow