Sanusi tidak cekap tadbir Kedah dua bekas pegawai didakwa rasuah
Panglima Perang PAS Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah belum kedengaran memberikan komen selepas berita dua bekas pegawainya di dakwa di mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah. Pendakwaan ini tentunya satu tamparan hebat bagi beliau selaku Pengarah Pilihanraya PAS apatah lagi ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman sedang berlangsung.
Rakyat tertanya tanya kenapakah beliau bungkam seribu bahasa tanpa memberikan ulasan ekoran pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik beliau Mohamad Hilmi Abdul Wahab, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan REE di sekitar negeri itu pada Julai lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.
Manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI Kedah Muhamad Sobri Osman, 63, Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan untuk membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE di Kedah melalui satu memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat itu dengan MBI Kedah.
Sebagai Menteri Besar Kedah adakah beliau tidak diberikan taklimat atau apa apa perkembangan berkaitan perlombongan REE samada di Mesyuarat Exco Kedah atau Mesyuarat Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) yang dipengerusikannya?
Ini jelas menunjukkan ketidakcekapan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dalam urustadbir yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah. Alangkah lebih baik agar beliau kurangkan berpolitik dengan hanya tahu memperlekehkan seteru politik beliau sebaliknya wajar menumpukan kepada penambahbaikan urustadbir kerajaan negeri .
Beliau barangkali lupa kenyataan beliau ketika isu REE sedang hangat di perkatakan “Sekarang ini telah dipopularkan satu istilah kakistokrasi iaitu sebuah kerajaan oleh orang-orang yang lemah dan tidak berkemampuan untuk mentadbir,”katanya merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.
Sanusi bagai menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Siapa kakitokrasi sebenarnya?
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











