Ahli Parlimen PN Rompin belum bertaji nak berkokok
Tiba tiba UNITEN menjadi bualan , kampus yang terletak di Muadzam Shah Pahang itu sebuah dearah yang tenang dan damai mula mendapat perhatian. Hanya kerana desas desus bertiup kencang UNITEN bakal ditutup menggegar relung hati ramai.
Hingar bingar penutupan UNITEN sudah kedengaran di hujung cuping telinga sejak 2019 lagi, alasannya adalah kerana kekurangan pelajar . TNB selaku syarikat gergasi yang memonopoli sektor tenaga di Malaysia ada ketikanya dalam situasi celaru dalam menjalankan tanggungjawab sosial dan memerlukan teguran dari masyarakat khususnya pemimpin politik.
Ketika mana ada sebilangan masyarakat memandang sinis peranan ahli politik di akhirnya hanya “political will “lah dengan kuasa dan keazaman untuk memastikan UNITEN terus membuka peluang pendidikan mendaki tangga kehidupan yang lebih baik.Sejak 2019 , YAB Menteri Besar Pahang bertegas bahawa UNITEN perlu dipastikan tidak ditutup .
https://www.sinarharian.com.my/article/50351/edisi/pahang/pahang-bantah-uniten-muadzam-shah-ditutup
Sunyi seketika beberapa tahun dan awal tahun 2023 , isu penutupan UNITEN kembali timbul dan lantaran itu YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi menyuarakan bantahan
https://pahangmedia.my/kerajaan-pahang-tidak-setuju-uniten-kampus-muadzam-shah-ditutup/
Ekoran kenyataan tersebut satu Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Menteri Besar Pahang bersama pengurusan UNITEN Muadzam Shah bagi mencari jalan penyelesaian yang tuntas. Lebih burung kerana sayap , lebih manusia kerana akal . Akhirnya satu penyelesaian telah di capai dalam mesyuarat tersebut di mana UNITEN akan terus meneruskan tugasnya sebagai gedung ilmu di bumi Pahang.
Menjadi lumrah akan ada pihak yang memasang lukah di pergentiangan. Ahli Parlimen PN Rompin Abdul Khalib Abdullah sepantas kilat tanpa segan dan malu “claim credit “permasalahan isu penutupan UNITEN diselesaikan selepas ia membawa isu ini di Parlimen.
Siapakah yang pedulikan suara pembangkang di Parlimen? Tidak pernah ada kenyataan dari Kerajaan Persekutuan untuk menjawab persoalan yang beliau bawa ke Parlimen.
Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi pun di keluarkan selepas isu penutupan UNITEN di suarakan oleh YAB MB Pahang menunjukkan suara siapakah yang lebih didengari.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpt-sahkan-uniten-tidak-ditutup-453755?
Sejarah penubuhan UNITEN tidak akan terpadam dengan tindakan pemimpin PN yang ingin menjadi adiwira menjuarai dunia pendidikan. Sejak sekian lama Muadzam Shah menerima sentuhan oleh pemimpin BN dengan menjadikan daerah itu sebagai hub pendidikan di Pahang.
MRSM, Kolej Vokasional, Politeknik dan UNITEN Muadzam Shah terbina dan dipertahankan dengan keringat idea serta hasil usaha pemimpin BN yang menjadi pemankin kepesatan pembangunan ekonomi dan sosial di Muadzam Shah dari sebuah daerah pedalaman menjadi bandar satelit yang di kenali ramai.
Ahli Parlimen PN Abdul Khalib Abdullah baru setahun jagung di Rompin, baru bertaji nak berkokok.
Apa Reaksi Anda?











