ADUN PAS Jengka, jalanraya dan babi di hutan
Terasa lucu pula bila melihat gelagat ADUN PAS yang cuba menjadikan kerosakan jalanraya sebagai modal politik “Habis rosak kereta”, caption terbaru dari ADUN PAS Jengka Shahril Azman Abdul Halim sambil tangan menunjuk jalan yang berlobang.
Tidak dapat di nafikan bahawa wakil rakyat mempunyai tanggungjawab menyelesaikan aduan pengundi di kawasan yang beliau wakili termasuklah kemudahan asas seperti jalanraya.
Cuma teringat kata kata Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga ADUN Tanjong Lumpur yang berkata ,”kalau setakat jalan lah, babi dalam hutan pun buat jalan”. Kenyataan tersebut di buat ketika sedang berkempen di PRK Pelangai Pahang.
@kopitarik24 Babi dalam hutan pun buat jalan #kopitarik24 #viraltiktok #beritatiktok #kitagempur #pn #malaysia #pmx #madani #pakatanharapan #bangkit #melayu #umno #fitnah #pas #bersatu #perikatannasional #walauankakifitnah #walaunkoyak #fyp #kerajaanperpaduan #fypシ #beritatiktok #berita #beritaditiktok #fypシ゚viral #videoviral #walauankakifitnah #fyp #foryoupage #foryou #tiktok #explorepage #explore #viral #malaysia #viral #viralvideo #pasfitnah #virusperpecahan #vpn #parliman #kerengga #babi #buatjalan #akhlak #pemimpin ♬ Loose & cute & heartwarming everyday scene songs(902158) - ruha(Pastel Tone Music)
Nah sekarang, kenapa tidak dipanggil sahaja babi di hutan untuk menampal dan menyelenggara jalan sebagaimana yang di maksudkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang? Kita ingin lihat bagaimana babi di hutan dapat menurap jalanraya , manalah tahu PAS Pahang mempunyai kepakaran menyelenggara jalan menggunakan khidmat babi di hutan?
Barangkalai kos menyelenggara jalanraya dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan khidmat babi di hutan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang ADUN Tg Lumpur Rosli Jabar?
ADUN PAS Jengka di cadangkan untuk membuat tinjauan di DUN Tanjong Lumpur yang juga diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Pahang untuk berkongsi pengalaman bagaimana keupayaan babi di hutan digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyelenggaraan jalanraya.
P/S : Ada walaun duduk dalam majlis daerah bagi tahu ADUN kawasan memang peruntukan sudah diluluskan untuk menurap jalanraya di kawasan beliau. Apa lagi.. berlakon lah. Bila dah diturap nanti bolehlah claim itu semua hasil usaha beliau sebagai ADUN padahal memang dah lulus lama dah..tunggu masa nak turap.
Apa Reaksi Anda?











