PAS derhaka titah Tuanku?

Oleh : ANAK CILI
April 26, 2024 - 14:33 MYT
PAS derhaka titah Tuanku?
Tertera juga gambar Ketua Dewan Ulama PAS Pahang YB Ustaz Zuridan bin Mohd Daud serta logo parti. Sejauh manakah kebenarannya perlu dijelaskan oleh pimpinan PAS Pahang apakah benar ianya di adakan?

Tersebar di laman sosial satu poster Ijtimak’ Tarbawi  yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS Pahang yang bertarikh 25 April Khamis di Surau 2A Felda Jengka 4 Maran Pahang. Tertera juga gambar Ketua Dewan Ulama PAS Pahang YB Ustaz Zuridan bin Mohd Daud serta logo parti. Sejauh manakah kebenarannya  perlu dijelaskan oleh pimpinan PAS Pahang apakah benar ianya di adakan?

Jika benar maka sudah terang lagi bersuluh , PAS tanpa rasa segan silu menderhaka kepada titah KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang melarang sebarang bentuk aktiviti kepartian di adakan di masjid dan surau dalam Negeri Pahang. 

Apakah sudah tidak ada lagi lokasi Markas PAS yang boleh digunakan untuk mengadakan sebarang aktiviti kepartian. Masjid dan surau tidak perlu dicemarkan dengan politik PAS sebaliknya kekal bebas sebagai tempat untuk melakukan ibadat dan mengeratkan silaturahim di dalam masyarakat Melayu Islam.Masjid dan surau bukan gelanggang politik dan bukan tempat menyebar kebencian sebaliknya tempat penyatuan ummah.

"Kita nak Pahang ini negeri yang aman, sentosa dan berharmoni... bila masa berpolitik lima tahun sekali. Awak nak berpolitik, politiklah tapi masjid kita kena jaga kesucian," titah baginda pada Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, baru-baru ini.
Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.

"Penyakit-penyakit lama harus diharamkan antaranya sembahyang dua imam, kafir mengkafir. Saya bagi amaran di sini, mana-mana masjid yang membenarkan ini terpaksa ambil tanggungjawab.

"Penghulu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) akan bertanggungjawab. Saya pun akan bertanggungjawab," titah baginda.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226710/sultan-pahang-titah-jaga-kesucian-masjid

Buta dan pekak kah kepimpinan PAS Pahang jika benar mengadakan aktiviti kepastian di masjid atau surau walhal KDYMM Tuanku Sultan Pahang baru sahaja bertitah pada 22 hb Mac 2024 Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Pejabat Daerah dan Tanah Maran.

Jika Titah Tuanku berkaitan peruntukan kepada pembangkang di Pahang maka bercempera dengan suasana hiruk pikuk kepimpinan PAS Pahang tetapi titah berkaitan jangan berpolitik di masjid dan surau tidak diendahkan.

Di manakah kesetian pimpinan PAS Pahang kepada Tuanku jika benar mengadakan aktiviti kepartian di masjid dan surau? Apakah kita harus bersetuju dengan segala tindak tanduk PAS yang terus mnunggang agama demi kepentingan dan agenda politik mereka?

PAS tidak pernah berubah yang hanya menimbulkan keresahan dan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu Islam.
Betullah.. udang tidak sedar dirinya bongkok

Pedas berapi
Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow