SYED SADDIQ DITENTUKAN BERSALAH ATAU TIDAK OLEH MAHKAMAH HARI INI.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditentukan samada bersalah atau tidak hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Dato Azhar Abdul Hamid akan membacakan keputusan pada jam 9.00am berkaitan 4 tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana ARMADA berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, Johor pada 16 dan 19 Jun 2018.
Beliau yang dilihat lantang memperjuangkan salahguna kuasa dan rasuah selain sering merujuk kepada ketidakadilan sistem undang undang negara membabitkan kluster mahkamah seteru politik.
Masa depan politiknya berada dalam ketidaktentuan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah. Beliau mendakwa menerima tekanan politik dan intimidasi atas pendakwaan yang dihadapinya.
Beliau boleh berlakon di mana sahaja pada bila bila masa tetapi mahkamah bukan tempatnya.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?






