PAHANG CATAT KADAR PURATA TEMPOH PENGINAPAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Oleh : ANAK CILI
November 8, 2023 - 23:48 MYT
PAHANG CATAT KADAR PURATA TEMPOH PENGINAPAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Pahang mencatatkan Kadar Purata Tempoh Penginapan Tertinggi di Malaysia dengan kadar 73 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata kadar itu menunjukkan respons positif peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini, selain menjadikan sasaran kehadiran pelancong yang ditetapkan sebagai mampu dicapai.

"Kita menyasarkan sasaran kedatangan 13 juta pelancong tahun ini dan setakat September lepas, Pahang mencatatkan kedatangan pelancong seramai 9.04 juta pelancong domestik dan juga antarabangsa," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Leong berkata lima daerah di Pahang juga menunjukkan jumlah kedatangan pelancong memberangsangkan iaitu Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin. 

Dua destinasi pelancongan tanah tinggi di Pahang iaitu Genting Highlands dan Cameron Highlands serta Pulau Tioman di Rompin dan bandar raya Kuantan pula, menurut beliau kekal menjadi tumpuan dengan jumlah kedatangan pelancong direkodkan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. 

Kadar Purata Penginapan itu dinilai lebih daripada 36,000 jumlah bilik penginapan berdaftar di Pahang hasil sumber yang diperoleh daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.
Data itu juga menunjukkan Kuala Lumpur berada di kedudukan kedua dengan purata 57.3 peratus disusuli Putrajaya (54 peratus), Pulau Pinang (49.2 peratus), Johor (47.5 peratus) dan Selangor (47.1 peratus

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow