PEMBANGKANG GIGIT JARI BILA AHLI PARLIMEN LABUAN DAPAT PERUNTUKAN RM 3 JUTA

Oleh : ANAK CILI
November 8, 2023 - 22:08 MYT
PEMBANGKANG GIGIT JARI BILA AHLI PARLIMEN LABUAN DAPAT PERUNTUKAN RM 3 JUTA
Suhaili Abdul Rahman Ahli Parlimen Labuan dari Bersatu memilih menyokong Anwar Ibrahim

Penduduk di Labuan boleh menarik nafas lega , Ahli Parlimen mereka akhirnya berjaya menggunakan akal fikiran dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik. 

Khabarnya Suhaili Abdul Rahman telah mendapat peruntukan yang disalurkan kepada Pusat Khidmat melalui Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri susulan sokongan beliau kepada Perdana Menteri yang baru seminggu diumumkan.

Kira-kira seminggu selepas mengiyistiharkan sokongan kepada perdana menteri, Ahli Parlimen Labuan dari Bersatu, Suhaili Abdul Rahman mendapat peruntukan kerajaan persekutuan.

Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu - Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik - turut mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dijangka akan turut sama menerima peruntukan.

Ahli Parlimen lain yang memilih untuk berdiri teguh di bawah Muhyidin Yasin dan Hadi Awang boleh terus berdiri sambil gigit jari dan berbaki empat tahun lagi terus memberikan alasan tiada peruntukan setiap kali ada rakyat yang hadir di Pusat Khidmat masing masing.

Mereka petah berceramah di pentas ceramah politik dan bijak berbahas di Parlimen sebagai pembangkang maka gunakanlah kelebihan yang ada meyakinkan rakyat. 

Selamat menggigit jari 

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow