PN SUDAH TAK BEST, AHLI PARLIMEN JELI PULA SOKONG ANWAR

Oleh : ANAK CILI
November 8, 2023 - 19:33 MYT
PN SUDAH TAK BEST, AHLI PARLIMEN JELI PULA SOKONG ANWAR
Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu istihar sokong Anwar

PN sudah tak best. Itu ungkapan yang boleh disimpulkan melihat kepada kecenderungan Ahli Parlimen dari Bersatu yang seorang demi seorang mengistiharkan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Slogan PN Best merujuk kepada Bersih dan Stabil.

Bagaimana boleh dikatakan "Bersih" jika deretan pendakwaan akibat rasuah, salahguna kuasa dan penggubahan wang haram melibatkan Ahli Parlimen dari parti Bersatu?

Apakah masih relevan dikatakan "Stabil" jika kestabilan bermakna politik dalaman parti Bersatu tidak berdepan dengan krisis keyakinan kepada parti. Perubahan sokongan Ahli Parlimen dari parti Bersatu sebagai pembangkang beralih arah dengan menyokong Kerajaan Perpaduan mempelihatkan tidak wujud lagi kestabilan.

Jika semalam Ahli Parlimen Gua Musang kini Ahli Parlimen Jeli pula mengisyiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Sokongan saya ini berterusan sehingga pilihan raya Umum (PRU) yang seterusnya,” kata Anggota Parlimen Jeli Zahari Kechik.

Zahari adalah anggota parlimen keempat berbuat demikian selepas wakil rakyat Kuala Kangsar Dzulkarnain Abdul Khalid, Labuan (Suhaili Abdul Rahman) dan Gua Musang (Mohd Azizi Abu Naim).

Kini hanya tingggal 26 dari 30 Ahli Parlimen Bersatu di Parlimen dan besar kemungkinan akan ada lagi  dikalangan mereka akan mengambil keputusan tidak lagi menyokong parti Bersatu yang sudah tidak best.

Apa yang bestnya sebagai Ahli Parlimen yang terpaksa berdolak dalih kepada  puluhan ribu rakyat di kawasan masing masing tidak dapat membbantu dengan memberikan sumbangan atau membawa projek pembangunan . 

Rakyat mengundi seorang wakil rakyat yang dapat memenuhi keperluan rakyat dan bukannya tunggul  kayu.

Memang PN tak best.

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow