ADUN PAS Jengka beri betis nak peha
Soal peruntukan kepada ADUN pembangkang di Pahang kembali dijadikan isu basi yang dipanaskan semula walaupun rasanya sudah masam untk di hidangkan. Boleh dikatakan dari 17 ADUN pembangkang di Pahang rata rata sudah jemu untuk membangkitkannya tetapi tidak bagi ADUN PAS Jengka Sahril Azman yang laparkan publisiti mengalahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli JabarADUN Tanjung Lumpur sekalipun beliau hanyalah Bendahari PAS Pahang.
Barangkali sebagai Bendahari PAS Pahang Shahril Azman pening kepala terpaksa memikirkan bagaimana mahu mencari wang untuk menjaga kelangsungan parti PAS. Beliau hanya memetik beberapa kerat kenyataan YAB MB pahang yang dipetik di luar konteks keseluruhan ucapan beliau dalam satu majlis penyerahan sumbangan.
Ada beberapa perkara yang sering diputarbelit dan disensasikan memandangkan beliau sekarang semakin rimas kerana ramai pengundi di DUN Jengka merungut kerana beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN Jengka.
Bagi menyelamatkan diri maka rekayasa yang mewajarkan ketidakbolehupayaan beliau adalah kerana pihak lain dan bukan kerana kelemahan diri beliau sendiri selaku YB di Jengka.
1. Titah Tuanku PRP – ADUN PAS Jengka Shahril Azman tidak menyatakan dengn jelas dan tepat bahawa Titah berikan peruntukan adil dan bukannya sama rata. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan seharusnya ADUN PAS Jengka Shahril Azman memahami istilah adil dan sama rata adalah dua perkara yang berbeza serta sedar diri bahawa beliau adalah ADUN pembangkang di Pahang
2. Peruntukan RM 30 k telah di salurkan kepada ADUN pembangkang sejak September lalu, tidak pula dinyatakan oleh ADUN PAS Jengka Shahril Azman. Cuma Tuan Ibrahim TuanMan Ketua Pembangkang mengesahkan telah menerima peruntukan tersebut manakala yang lainnya hanya diam seribu bahasa.
3. PAS sepatutnya menghormati Titah KDYMM Agong yang mahukan PAS sama sama berada dalam Kerajaan Perpaduan tetapi mereka menolak. Siapa yang tidak menghormati Titah KDYM Agong sebenarnya? Jika PAS menerima untuk menyertai Kerajaan Perpaduan maka tidak timbul lagi soal peruntukan kerana semua berada dalam kerajaan yang sama.
4. Kenapa ADUN Jengka sibuk mempertikaikan kerjasama BN dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan? BN menyertai Kerajaan Perpaduan kerana menjunjung Titah Tuanku Agong tidak sebagaimana PAS yang menolak Titah Tuanku Agong
5. Apakah Slogan Malaysian Malaysia DAP yang dinyatakan oleh ADUN PAS Jengka menyebabkan orang Melayu Islam menjauhi UMNO berbeza slogan semasa PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat?
6. Peruntukan RM 30k yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada ADUN Pembangkang jika tidak berterima kasih sekalipun paling tidak jagalah mulut . Diberi betis nak peha sedangkan mulut tak reti nak jaga. Elok elok rasa nak tambah peruntukan bila perhatikan adab ADUN PAS Jengka , boleh sebabkan Kerajaan Negeri tawar hati.
Menjadi populis memang menyeronokkan tapi harga yang perlu dibayar bagi orang yang sentiasa mahu mengejar populariti juga mahal harganya. Shahril Azman ADUN PAS Jengka masih menunggu keputusan kes Akta Hasutan melibatkan beliau sudah dihantar oleh PDRM ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya.
Silap haribulan PRK DUN Jengka. Alahai..
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











