“Serambi Mekah, Tapi Bendera Zionis Berkibar Megah”
Kita sering dengar Kelantan dijaja sebagai “Serambi Mekah”, kononnya negeri yang paling Islamik di Malaysia. Pemimpinnya pula tak pernah lekang dari mulut slogan “Membangun Bersama Islam”. Namun apa gunanya slogan gah jika kepekaan terhadap isu umat Islam sendiri entah ke mana?
Semalam, tular video memperlihatkan bendera Israel berkibar megah di Sungai Kelantan ketika dunia Islam sedang menangis melihat kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin. perkara ini berlaku bukan di negeri sekular, bukan di bawah kerajaan DAP, tetapi di bawah kerajaan PAS Kelantan yang kononnya memperjuangkan Islam.
Soalnya mudah, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Jika pihak menganjurkan memberi alasan sebagai lakonan semula, adalah tidak wajar bendera Israel berkibar megah di negara ini. Walau apa pun alasan bendera rejim Zionis itu tidak boleh dikibarkan di Malaysia. Ia hanya layak untuk dibakar ataupun dipijak.
Tapi persoalannya, perlu ke kibarkan bendera Israel sebesar tu?
PAS sering menuduh orang lain tidak peka terhadap Islam, tidak peduli soal aqidah, tidak cakna terhadap Palestin? Tetapi bila tiba giliran sendiri, tiba-tiba semuanya jadi bisu dan beku.
Lebih memalukan, bendera Israel itu tidak hanya muncul sekejap, tetapi dikibarkan dalam majlis terbuka yang disaksikan orang ramai di sungai yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Kelantan. Kalaulah bendera itu dikibarkan di negeri lain, tentu pemimpin PAS sudah menjerit di pentas ceramah, menuduh pihak lawan menghina Islam, tidak sensitif, tidak ada iman. Tetapi bila berlaku di negeri sendiri, semuanya diam seribu bahasa.
Inilah wajah sebenar kerajaan PAS Kelantan cepat menghukum orang lain, tetapi gagal menegur diri sendiri. Mereka suka berlagak sebagai juara Islam, tetapi gagal mengawal simbol rejim Zionis di tanah sendiri. Tidakkah mereka tahu betapa dalamnya luka rakyat Palestin, betapa hinanya lambang Israel itu bagi umat Islam seluruh dunia?
PAS mengangap seolah-olah perkara ini dianggap remeh. Jika beginilah tahap kepekaan pentadbiran PAS, tidak hairan mengapa banyak dasar mereka hanya indah di bibir tetapi kosong dalam tindakan.
Kerajaan Kelantan sering menuding jari kepada orang lain kononnya tidak Islamik, tidak berjuang untuk agama. Tetapi kejadian ini membuktikan bahawa PAS sendiri hanya pandai berslogan. Di negeri yang mereka perintah, simbol Zionis dibiarkan berkibar tanpa malu. Kalau beginilah standard “Kerajaan Islam” versi PAS, lebih baik mereka berhenti menuduh orang lain kafir atau tidak peduli agama.
Rakyat Kelantan berhak marah. Dunia Islam sedang berduka, Gaza sedang dibom, anak-anak Palestin sedang dibunuh tetapi di Kelantan, bendera Israel dikibarkan tanpa segan silu. Ini bukan sekadar kecuaian, ini penghinaan terhadap perjuangan umat Islam.
Dan yang paling menyedihkan kerajaan PAS Kelantan tidak peka, tidak sensitif, tidak bertanggungjawab. Inilah realiti di sebalik slogan indah mereka. “Membangun Bersama Islam” rupanya hanya untuk kempen, bukan untuk diamalkan.
Apa Reaksi Anda?











