Janji RM6,000 PN Hanyalah Umpan Gula-Gula, Jangan Hina Rakyat Dengan Janji Kosong!

Oleh : BARD
Oktober 13, 2025 - 16:29 MYT
Janji RM6,000 PN Hanyalah Umpan Gula-Gula, Jangan Hina Rakyat Dengan Janji Kosong!

Datuk Seri Hamzah Zainudin nampaknya sudah kehabisan modal politik. Bila tak ada idea nak perintah negara, mereka kembali kepada resipi lama tabur janji manis, sogok rakyat dengan duit bayangan. RM6,000 setahun katanya atau bersamaan rakyat akan menerima RM500 sebulan,  seolah-olah PN ini bank dunia! 

Persoalannya, dari mana duit itu nak datang? Dari langit atau dari poket rakyat juga nanti? Inilah jenis pemimpin yang fikir rakyat boleh dibeli dengan angka, bukan dengan dasar. Kalau semua masalah boleh selesai dengan duit tabur, PN dah lama buat masa mereka jadi kerajaan dulu. Tapi apa yang jadi? Hutang meningkat, ekonomi lembab, rakyat susah!

Hamzah cuba perlekeh program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kononnya “menyekat pilihan rakyat”, padahal SARA itu berasaskan tanggungjawab dan keperluan sebenar rakyat. Tapi PN? Mereka janji duit supaya rakyat boleh beli apa saja termasuk undi mereka! Itulah logik politik PN tak mampu mentadbir, jadi mereka sogok. Ini bukan bantuan prihatin, ini “bantuan pembohongan nasional”. Janji mereka hanya hidup sementara sampai habis pilihan raya. Lepas menang, senyap sunyi tinggal rakyat gigit jari.

Dan jangan lupa, semasa PN berkuasa dulu, merekalah juara menambah hutang negara, menebuk kantung kewangan, mencipta pelbagai skim bantuan tak berkesan hanya untuk kekal berkuasa. Bila ekonomi merudum, mereka salahkan orang lain. Bila rakyat susah, mereka buat muka simpati sambil merancang untuk kembali ke Putrajaya. Kononnya “kedudukan fiskal kukuh”, padahal masa mereka jadi kerajaan pun bajet negara bocor macam kain buruk!

Rakyat kena sedar RM6,000 yang dijanjikan PN bukan bantuan, tapi umpan. Umpan untuk menipu, membeli jiwa dan mengkhianati masa depan negara. Kalau mereka betul-betul mahu tolong rakyat, mereka takkan tinggalkan negara dalam keadaan tenat dulu. PN bukan datang dengan solusi, mereka datang dengan sogokan. Dan siapa yang masih percaya janji mereka, bersedialah untuk kecewa lagi.

Rakyat bukan pengemis politik, Hamzah! Jangan hina rakyat dengan janji kosong. Malaysia perlukan pemimpin yang berotak, bukan yang bermulut manis tapi tangan longgar.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow