Pahang Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut

Oleh : BARD
Oktober 14, 2025 - 17:20 MYT
Pahang Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Ismail menerusi catatan Facebooknya berkata, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kini berada dalam keadaan siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.

 

Wan Rosdy Mentri Besar mengingatkan rakyat negeri Pahang agar bersiap siaga ketika bencana berlaku, tetapi mesti dipupuk setiap masa. Apabila rakyat peka, agensi bersedia dan keputusan dilaksana dengan cepat serta teratur, insya-Allah negeri ini akan selamat, makmur dan berdaya tahan.

 

Dalam pada itu, Menteri Besar mengajak rakyat berdoa semoga Allah melindungi negeri ini dari sebarang musibah dan bencana serta memberkati segala usaha kita dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

 

Semangat apabila rakyat peka, agensi bersedia dan keputusan dilaksana dengan cepat serta teratur, insya-Allah negeri ini akan selamat, makmur dan berdaya tahan.

 

Apabila rakyat peka, agensi bersedia dan keputusan dilaksana dengan cepat serta teratur, insya-Allah negeri ini akan selamat, makmur dan berdaya tahan.

 

Sementara itu, Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) akan dibina di Jerantut tahun hadapan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan menghadapi bencana.

 

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pembinaan pusat ini juga bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti.

“Jawatankuasa telah bersetuju untuk membina Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) di daerah Jerantut, Pahang sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti.

“Projek ini dijangka dimulakan pada tahun 2026 dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi teknikal berkaitan,” katanya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow