Wan Saiful Dedah Pemimpin Bersatu Rakus Demi Kepentingan Diri Dan Keluarga

Oleh : BARD
Oktober 14, 2025 - 20:01 MYT
Wan Saiful Dedah Pemimpin Bersatu Rakus Demi Kepentingan Diri Dan Keluarga

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, yang baru dipecat daripada Bersatu, mendedahkan ada pimpinan menjadikan parti itu sebagai alat untuk kepentingan peribadi atau keluarga mereka.

Apa yang dibongkar oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini bukan isu kecil ia adalah manifestasi betapa parahnya budaya "politik kroni dan nepotisme" dalam parti Bersatu. 

Bila parti dijadikan kenderaan peribadi untuk memperkayakan diri dan memastikan kedudukan ahli keluarga dalam hierarki kuasa, maka itu bukan lagi politik itu penyamunan berlesen atas nama perjuangan rakyat.

Lebih memalukan, mereka yang terlibat ini pernah menjerit lantang menentang korupsi, menjaja moral tinggi di pentas ceramah, konon parti lain penuh rasuah dan salah guna kuasa. Tapi kini, ibarat meludah ke langit semuanya terpalit ke muka sendiri.

Jika benar seperti yang didedahkan, maka Bersatu telah hanyut jauh dari landasan asalnya. Parti itu kini tidak ubah seperti syarikat sendirian berhad, diurus oleh “CEO” politikus yang lebih ghairah mempertahan jawatan dan kepentingan keluarga daripada berkhidmat kepada rakyat.

Apa gunanya melaungkan perjuangan Melayu, agama dan negara, kalau akhirnya prinsip digadai demi poket sendiri? Rakyat bukan bodoh mereka melihat, menilai, dan akhirnya akan menghukum. Dan bila parti dijadikan alat peribadi, jangan terkejut kalau akhirnya ia ditinggalkan seperti bangkai kapal karam busuk dan tidak berguna lagi.

Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu hari ini mengumumkan pemecatan Wan Saiful, serta empat ketua bahagian parti, dan menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk satu penggal atas dakwaan melanggar perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow