Kemaruk Nak Kuasa, Akhirnya PAS Terima Wathya Moorthy Dan Ramasamy Sekutu Politik
PAS nampaknya semakin hilang malu. Dulu laju menuduh orang lain kafir, liberal, sesat. Tapi bila tiba giliran sendiri duduk semeja dengan Hindraf dan Ramasamy terus jadi “strategi politik baharu”. Hebat sungguh “politik Islam” versi mereka.
Inilah partiyang paling lantang menjerit “UMDAP”, kononnya UMNO sudah gadai prinsip bila bekerjasama dengan DAP. Tapi hari ini, mereka pula yang sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang suatu ketika dulu mereka tuduh paling rasis dan anti-Islam. Bila orang lain buat, haram. Bila mereka buat, jihad. Bila orang lain berpakat, khianat. Bila mereka berpakat, hikmah. Itulah formula ajaib PAS hukum boleh berubah ikut siapa yang pegang mikrofon.
Yang lebih melucukan, mereka yang kononnya pejuang Islam sejati kini boleh tersenyum manis di meja rundingan bersama tokoh-tokoh yang mereka sendiri pernah label sebagai “musuh Islam”. Apa jadi dengan maruah perjuangan? Mana hilangnya prinsip yang kononnya tidak akan tunduk pada tekanan politik? Nampaknya semua boleh digadai, asalkan kerusi kuasa masih dalam genggaman.
PAS bukan lagi parti dakwah. PAS memperdagangkan agama untuk kepentingan politik. Mereka menunggang ayat suci bila di pentas ceramah, tapi di bilik rundingan, ayat itu disimpan sementara. Yang tinggal hanya nafsu kuasa dan helah politik. Hari ini mereka berbaik dengan Ramasamy, esok mungkin dengan sesiapa sahaja asalkan boleh bantu mereka kekal relevan.
PAS suka bercakap tentang “perpaduan ummah”. Tapi kebenarannya, mereka cuma mahu perpaduan yang mereka boleh kawal. Bila orang lain bersatu tanpa mereka, itu dianggap pengkhianatan. Tapi bila mereka berpakat dengan sesiapa sahaja walaupun dengan tokoh yang mereka sendiri pernah kutuk itu dikatakan bijak dan berpandangan jauh. Hipokrasi tahap tertinggi.
Dulu, mereka tuduh orang lain tunduk pada DAP. Sekarang, siapa yang tunduk pada Hindraf? Siapa yang bersungguh-sungguh mahu menormalisasi hubungan dengan Ramasamy yang suatu ketika dahulu dianggap mencabar institusi Islam? Semua itu lenyap bila kuasa jadi kiblat baru mereka.
PAS hari ini tidak lagi membawa wajah Islam yang mendamaikan. Mereka membawa wajah politik yang berpura-pura suci, tapi hakikatnya penuh tipu daya. Islam cuma tinggal di hujung lidah, bukan di dasar perjuangan. Mereka sanggup memutar belit hukum dan naratif agama demi menjustifikasi tindakan sendiri.
Mereka mahu rakyat percaya bahawa segala yang mereka buat “atas nama Islam”. Tapi rakyat sudah semakin celik. Rakyat tahu Islam bukan milik PAS. Dan bila mereka semakin tamak kuasa, wajah sebenar mereka makin jelas — bukan pejuang Islam, tapi pedagang agama.
Jadi kalau dulu mereka kata UMNO-DAP itu UMDAP, mungkin sekarang wajar rakyat tanya Apakah ini PAS-Hindraf? Atau PAS-Ramasamy versi baru?
Bezanya cuma satu bila mereka buat, semuanya halal. Bila orang lain buat, semuanya haram. Begitulah bila kuasa jadi tuhan, agama pun boleh disusun ikut selera.
Apa Reaksi Anda?











