Antara Wan Rosdy Dan Dr Ahmad Samsuri Siapa Lebih ‘Steady”?

Himpunan RXZ members yang berlangsung di litar Gong Badak pada minggu lepas menjadi polemik politik apabila Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Dr. Ahmad Samsuri memuat naik kenyataan di Facebook dengan menuduh Putrajaya mengamalkan politik sempit dan cuba mempolitikkan program tersebut.
Beliau juga menuduh Putrajaya cemburu dan mengamalkan politik ‘low class’.
Di Pahang, pemerintah di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismal sangat memahami bahawa kekuatan pemimpin terletak pada keikhlasan dan keberanian untuk bersama rakyat dalam setiap keadaan.
Berbanding dengan Pahang, kerajaan negeri layan anak muda peminat sukan permotoran dengan bajet khusus sebanyak RM300,000 dalam Belanjawan 2024. Siap jadi contoh kepada kerajaan pusat. Itu beza bila ada pemimpin yang guna otak, bukan guna slogan agama untuk perbodoh pengikut.
Bahkan, projek stadium yang menjadi tempat berkumpul RXZ Members itu pun asalnya hanya hasil warisan dari kerajaan Barisan Nasional dulu. Tapi apa yang mereka buat? Menyalak kata membazir, sedangkan tempat itu kini menjadi simbol semangat dan kebanggaan rakyat muda yang cintakan sukan.
Ironinya, pemimpin yang terlalu cepat mengutuk apa yang mereka sendiri tidak mampu lakukan sewaktu mereka berkuasa, tetap gagal memahami hakikat. Mereka menyalak-nyalak tapi sebenarnya mereka yang bangang, kerana tidak faham bahawa pembangunan tidak selalu harus dilihat dari sudut bahan belaka, tetapi dari keberkesanan menyerap aspirasi rakyat dan menyuburkan budaya positif.
Menteri Besar Terengganu perlu insaf dan sedar bahawa rakyat tidak akan terpedaya dengan retorik kosong dan tingkah lakunya yang penuh hipokrasi. Kalau benar ingin membawa perubahan, mereka harus keluar dari zon selesa kebodohan dan cuba belajar dari contoh terbaik seperti Pahang. Jangan lagi jadi pemimpin yang pakai topeng hero, tetapi di belakangnya adalah pemimpin yang hati mati dan tiada visi untuk kemajuan rakyat. Kalau tidak, selamanya mereka diingat sebagai pemimpin yang gagal, yang cuma mampu membina tembok kebodohan dalam masyarakat sendiri.
Inilah beza pemimpin UMNO yang berpengalaman, tidak beretorik dengan pemimpin PAS yang penuh dengan retorik. Bukan semua boleh dipolitikan. Contohilah Wan Rosdy, demi mempastikan sukan kesukaan anak muda direalasikan, Wan Rosdy sebagai Menteri Besar sanggup memberi peruntukkan ratusan ribu.
Apa Reaksi Anda?






