P.Ramasamy dan Pengkhianatan

Oleh : ANAK CILI
Mac 18, 2024 - 16:06 MYT
P.Ramasamy dan Pengkhianatan
Politik murahan P. Ramasamy sangat meloyakan kan dan  semakin menjadi jadi selepas namanya tidak dicalonkan pada pilihanraya 6 negeri

Politik murahan P. Ramasamy sangat meloyakan kan dan  semakin menjadi jadi selepas namanya tidak dicalonkan pada pilihanraya 6 negeri.

Tidak cukup dengan mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Asraf Wajidi, beliau menjadikan Naib Presiden UMNO Wan Rosdy Wan Ismail sebagai sasaran  dengan menyatakan apakah UMNO tidak menjadi pengkhianat kepada ahli parti apabila membentuk gabungan politik bersama  PKR dan DAP.

P. Ramasamy juga mengingatkan UMNO akan laungan DAP adalah musuh orang Melayu dan seteru yang abadi sejak sekian lama.Dakwanya lagi , UMNO juga telah mengkhianati MCA dan MIC dalam gabungan Barisan Nasional apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Ramasamy seolah olah tidak dapat menerima kenyataan Wan Rosdy Wan Ismail Naib Presiden UMNO bahawa  beliau lah seorang pengkhianat apabila meninggalkan Parti DAP selepas namanya tidak diumumkan sebagai calon pilihanraya.

Ramasamy, 74 tahun kini sudah di hujung karier tapi masih bernafsu besar dalam dunia politik. 

Kehadiran beliau hanya bijak memanipulasi isu perkauman demi kepentingan peribadi. Tindakan tegas YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan mengusir pekebun sayur  yang meneroka tanah secara haram di Cameron Highland yang kebanyakan terdiri dari kaum India dipergunakan oleh P. Ramasamy  membangkitkan sentimen perkauman dengan menuduh berlaku ketidakadilan terhadap pekebun sayur kaum India di Cameron Highland. 

Buktikan kekuatan Parti Urimai atau parti baharu yang beliau tubuhkan yang dikenali sebagai Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia boleh memenangi banyak kerusi pada pilihanraya ke 16 yang kononnya mewakili masyarakat India yang tidak mendapat perhatian pihak kerajaan. 

Jangan cakap berdegar degar tapi sebenarnya tidak mempunyai sokongan rakyat.

Beliau sudah ditunjukkan pintu keluar oleh DAP dengan tidak menyenaraikannya sebagai calon. 

Adakah masih ada yang buta mata dan pekak telinga masih menerima pandangan P.Ramasamy yang sudah jauh terbuang dan dinyahkan dari persada politik tanahair?

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow