Kajian YSL Bias Dan Syok Sendiri, Diasaskan Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Satu kajian lapangan telah dijalankan oleh Dr Mukhtaruddin Musa ialah Ketua Penyelidik, Yayasan Strategik Lestari (YSL) untuk melihat kecenderungan penduduk negeri Pahang terhadap penerimaan mereka terhadap kerajaan sedia ada adalah satu sangat bias dan syok sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Strategik Lestari itu melibatkan 1,278 responden di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Pahang barat, iaitu Dong, Damak dan Ketari. Dalam kajian tersebut Dr Mukhtaruddin berkata, dapatan kajian menunjukkan penduduk di ketiga-tiga DUN ini lebih yakin bahawa kerajaan negeri yang dinaungi oleh Perikatan Nasional (PN) berupaya mentadbir negeri Pahang, secara tunggal atau membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Kalau ini yang dipanggil “kajian lapangan”, elok juga kita tany kajian untuk cari kebenaran, atau kajian untuk mengesahkan naratif politik sendiri?
Penulisan oleh Mukhtaruddin Musa ini jelas tidak boleh diterima bulat-bulat sebagai analisis objektif. Dari awal hingga akhir, ia sarat dengan kecenderungan yang terlalu memihak kepada Perikatan Nasional, khususnya PAS. Ini bukan sekadar soal tafsiran data yang mana kita boleh persoal kredibilitinya.
Pertama, kita kena lihat siapa di belakang tabir. Yayasan Strategik Lestari (YSL) bukanlah badan bebas yang neutral seperti cuba digambarkan. Ia diasaskan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang tokoh kanan PAS sendiri. Jadi persoalannya mudah bagaimana sebuah yayasan yang berakar daripada kepimpinan parti boleh dianggap sebagai pengadil yang adil dalam menilai prestasi politik?
Kedua, metodologi kajian itu sendiri menimbulkan banyak tanda tanya. Hanya 1,278 responden dari tiga DUN Dong, Damak dan Ketari digunakan untuk membuat kesimpulan besar tentang keseluruhan sentimen Pahang. Ini bukan gambaran menyeluruh, ini sampel terhad yang cuba diperbesarkan seolah-olah mewakili satu negeri. Dalam dunia penyelidikan sebenar, pendekatan seperti ini sangat lemah dan mudah dimanipulasi.
Lebih mencurigakan, dapatan yang kononnya menunjukkan PAS sebagai “paling bersih” dengan angka 70.2% jelas berbau propaganda. Dalam realiti politik semasa, persepsi integriti bukan sesuatu yang statik dan tidak mungkin begitu dominan tanpa dipengaruhi reka bentuk soalan atau pemilihan responden. Ini bukan dapatan, ini framing.
Naratif yang cuba dibina juga terlalu jelas PN kuat, BN lemah, MB hilang sokongan. Tetapi apabila diteliti, angka-angka yang dikemukakan sebenarnya rapuh dan hampir seimbang. Perbezaan kecil sengaja diperbesarkan untuk mencipta persepsi krisis keyakinan. Ini teknik lama dengan menggunakan kaedah ulang angka, tekan persepsi, harap rakyat terpengaruh.
Kajian ini cuba menonjolkan kononnya rakyat “semakin yakin dengan pembangkang”, sedangkan hakikat di lapangan menunjukkan pentadbiran negeri Pahang di bawah Wan Rosdy Wan Ismail terus stabil dengan rekod pembangunan dan pengurusan kewangan yang konsisten. Fakta ini langsung tidak diberi imbangan dalam analisis satu lagi bukti jelas bahawa kajian ini bukan untuk menilai, tetapi untuk menyerang.
Kita boleh mengatakan kajian YSL adalah kajian yang sangat bias dan syok sendiri.
Apa Reaksi Anda?











