AHLI PERLIMEN BERSATU GUA MUSANG PULA NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PMX

Oleh : ANAK CILI
November 8, 2023 - 10:00 MYT
AHLI PERLIMEN BERSATU GUA MUSANG PULA NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PMX

Belum pun sempat habis edah Ahli Parlimen Bersatu dari Kuala Kangsar dan Labuan menyatakan sokongan kepada PMX , Ahli Parlimen Bersatu dari Gua Musang pula menyatakan pendirian yang sama. Mohd Azizi Abu Naim Ahli Parlimen Gua Musang dalam satu kenyataan media telah menyatakan sokongan kepada PMX dan saf kepimpinan Putrajaya.

Pendirian beliau ini tentu sekali berasaskan kepada keyakinan bahawa Perikatan Nasional akan terus kekal sebagai pembangkang sehingga PRU akan datang. Ini  sekaligus menolak desas desus yang dimainkan oleh kononnya PN akan menerajui Putrajaya. Penantian hari demi hari akan retorik politik . 

Walaupun Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain di gantung keahlian selama 4 tahun manakala Ahli Parlimen Labuan Suhaili pula digantung keahlian Bersatu selama 6 tahun ianya sedikitpun tidak meneruskan langkahnya untuk menyeberang jambatan. 
Beliau akan mengalami nasib yang sama melalui penggantungan keahlian tetapi tidak menjejaskan kerusi yang disandangnya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang.

Berdasarkan senario ini Bersatu akan dengan sendirinya semakin lemah dengan kehilangan Ahli Parlimen satu persatu. Jika UMNO pernah dikhianati apabila sebilangan ahli parlimen UMNO menyertai Bersatu , kini giliran Bersatu menerima pembalasan akibat budaya pengkhianatan yang mereka terapkan.

Dari jong turun ke sampan esok lusa barangkali berenang sendirian. Memilih Bersatu pada pilihanraya adalah satu kesilapan.

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow