CALON PN KEMPEN HARI PENGUNDIAN LANGGAR AKTA PILIHARAYA
Ghairah apa sekalipun nak menang tetapi batas undang undang perlu dijaga. Apa yang berlaku (SMK Chemomoi) apabila Calon PN Cikgu Kasim berkempen di hari pengundian adalah satu kesalahan selepas beliau membuang undi di situ.
“Jom balik kampung mengundi. Jangan lupa calon nombor satu (dari) PN Cikgu Kasim. Oh tak boleh (kempen) eh?,” katanya di luar SMK Chemomoi.
Ayat yang dikeluarkan adalah masih berkempen walaupu tempoh berkempen sudah tamat malam semalam dan tidak dibenarkan sama sekali berkempen selepas waktu kempen.
Menurut Artikel 48(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membatalkan kemenangan mana-mana calon sekiranya terdapat laporan dan bukti yang menunjukkan wujudnya unsur-unsur berkempen pada hari pengundian.
Tidak cukupkah tempoh berkempen yang dibenarkan selama 24 jam sehari selama 14 hari? Beliau wajar dikenakan tindakan mengikut undang undang kerana alasan tersasul tidak patut diberikan memandangkan beliau bukanlah calon yang pertama kali menjadi calon pilihanraya malahan mempunyai pengalaman kali kedua.
Jika calon baru sekalipun, beliau seharusnya maklum dan membaca undang undang berkaitan pilihanraya yang mana dibolehkan dan yang ditegah.
Jika sabit kesalahan, calon berkenaan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000
Jika di sekolah anak murid melakukan kesalahan cikgu boleh merotan untu mengajar. Tetapi jika cikgu yang melakukan kesalahan, apakah hukuman yang perlu di lakukan? - ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











