Nilai tanah FELDA vs pemikiran toksid PAS Pahang
Melihat VTT Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang YB Andasura Rabu seperti mengesahkan kedangkalan beliau yang layak di gelar YB Cap Ayam.Nampaknya beliau memilih untuk di balun berturut turut . Tidak cukup soal peruntukan yang dibangkitkan dalam siri ceramah politiknya di Bukit Ibam dan bilboard gergasi kini muncul VTT yang membicarakan soal FELDA. Patutlah kerusi lebih ramai dari manusia , tetapi tidaklah di paparkan di media sosial oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS yang sama dungu , ceramah tersebut sebenarnya sendu. Nak cover malu up lah di Tik Tok , YB Andasura terpekik pekik macam orang tertelan tombol pintu.
Apa yang meloyakan bila YB Andasura bercakap perihal FELDA padahal di DUN Beserah , tiada satupun ada kawasan FELDA. Acah acah terpaling faham akan isu di FELDA padahal hanya sembang kari. Semua fakta ke laut. Menurut beliau "sejak 60 tahun yang lalu nilai harta peneroka FELDA tidak meningkat dan statik tidak seperti harta bukan Melayu di bandar".
Eloklah di sekolahkan YB Andasura , bimbang nanti pokok kelapa sawit pun akan tertawa bila beliau buka mulut dan berbicara soal FELDA. Rasanya lebih bernas beliau mengulas samada isu nelayan atau perindustrian sesuai dengan landskap politik DUN Beserah dari merapu tidak tahu hujung pangkal.
Secara mudahnya :
1. Bandangkan epal dengan epal bukan epal dengan tin milo. Nilai tanah pertanian dan luar bandar tidak boleh dibandingkan dengan nilai tanah komersial di bandar. Budak tadika PASTI pun tahu , level wakil rakyat PAS jangan cap ayam sangat.
2. Tanah di FELDA adalah Nilai rezab Melayu sebenarnya tidak boleh di sandarkan kepada ringgit tetapi pemilikan oleh orang Melayu.
3. Pemimpin Melayu dulu sudah menelaah sifat orang Melayu yang suka mengambil jalan singkat untuk senang dan kebiasaannya mudah mengambil keputusan menjual tanah yang diberikan.
5. Tanah felda ini statusnya tak sama macam tanah biasa. Ianya tertakluk kepada Akta Tanah (Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 (Akta 530). Oleh itu terdapat sekatan-sekatan dari segi perundangan yang terpakai kepada tanah felda.
6. Jika tanah Felda tiada sekatan dan di pecah lot maka, ianya menjadi tidak agronomik . Akta GSA menghalang dari dijual sesuka hati dan sekatan dikenakan untuk pastikan orang Melayu memiliki tanah.
7. Felda adalah kawasan pedalaman tidak boleh disamakan dengan tanah di bandar yang tiada sekatan , boleh di tukar status kepada perniagaan, perumahan mahupun industri.
8. Apakah kerajaan PAS Kelantan buat kepada penduduk negeri Kelantan selama lebih 30 tahun, apakah sudah ada contoh rancangan tanah di Kelantan bertukar nilai dengan harga tanah menyamai Kuala Lumpur?
9. Objektif Felda adalah memberikan skim tanah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat lebi 112 ribu peneroka . Kehidupan mereka sudah jauh berbeza semenjak mula masuk rancangan berbanding kini. Generasi seterusnya perlu menentukan arah hidup sendiri dan bukannya menyalahkan Felda. Apakah kita bangga anak cucu Felda 7 keturunan hanya dalam kepompong masyarakat Felda yang perlu dibantu bergenerasi lamanya?
Nilai harta Felda tidak ternilai dan statik tetapi nilai kebodohan YB PAS makin meningkat bodohnya. Eloklah YB Andasura menajamkan kemahirannya meraih simpati mengumpul derma dengan membina bilboard gergasi dan bukan menjadi toksid mempengaruhi pemikiran peneroka FELDA.
Pedas berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











