SITI MASTURA TERKAPAR KESEORANG TANPA PEMBELAAN PAS

Oleh : ANAK CILI
November 15, 2023 - 16:48 MYT
SITI MASTURA TERKAPAR KESEORANG TANPA PEMBELAAN PAS
Tiada pemimpin PAS membela Ahli Parlimen PAS Kepala Batas yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah

Nama  Siti Mastura Muhammad sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas tiba tiba muncul akhir akhir ini berikutan kenyataan beliau yang kontroversi yang di buat di Kemaman pada 4hb November baru baru ini. Beliau mendakwa bekas pengerusi DAP Lim Kit Siang sepupu kepada Chin Peng dan Kuan Yew, selain mengaitkan isteri Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Betty Chew, dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau turut mendakwa Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Guan Eng dalam kenyataan pada 10 Nov berkata beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk beliau membuktikan dakwaannya terhadap Ahli Parlimen Bagan itu, isterinya dan beberapa lagi pempimpin parti itu tamat tempohnya.

Laporan polis telah dibuat terhadap kenyataan beliau dan ekoran daipada itu Siti Mastura telah dipanggil oleh Bukit Aman pada 14hb November untuk dirakamkan keterangan. Siasatan ini dibuat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan, ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bukan itu sahaja , Siti Mastura juga berhadapan dengan empat surat tuntutan (LOD) daripada empat individu berbeza iaitu dari Tan Sri Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; isteri kepada Guan Eng, Betty Chew dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Agak menghairankan kenapa tiada seorang pun di kalangan pemimpin Perikatan Nasional terutama PAS yang memberikan sokongan kepada beliau yang di asak teruk samada di Parlimen mahupun di luar Parlimen . Kebiasaanya PAS seperti singa lapar terutama jika ada perdebatan dengan anggota DAP tapi Mastura di biarkan terkontang kanting di Parlimen apabila di asak oleh pemimpin DAP.

Benar atau tidak segala dakwaan yang dibuat oleh Siti Mastura yang disifatkan oleh Lim Guan Eng  bahawa Siti Mastura telah menuturkan ucapan kebencian terhadapnya yang sarat dengan pembohongan dan fitnah, di samping jelas bersifat perkauman dan ekstremis biarlah pihak polis jalankan siasatan.

Mantan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari hanya membisu dengan memberikan alasan tidak cukup masa manakala kepimpinan PAS seperti Hadi Awang serta Muhyidin Yasin pula hanya berdiam diri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jika pihak pendakwaraya mendapati ada kes dan didakwa di  mahkamah serta didapati dia bersalah   ada kemungkinan Pilihanraya Kecil Parlimen Kepala Batas pada masa depan . Bila lebih lajak dari laju itulah akibatnya , berani buat beranilah tanggung.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow