HADI KEKAL AHLI PARLIMEN MARANG : ANTARA SEDEKAH DAN RASUAH
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Hadi di Parlimen Marang kerana didakwa merasuah pengundi dalam PRU15 lalu. Ini bermakna Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.
Takiyudin Hasan Setiausaha Agung PAS ketika mengulas keputusan tersebut berkata sedekah oleh pihak awam boleh diberi termasuk pada pilihan raya”. Pada 21 Jan lalu, Hadi dilaporkan berkata pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Tentu sekali kita semua akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telahpun membuat keputusan kerana ianya berdasarkan kepada undang undang. Walaupun begitu tanggapan masyarakat terhadap PAS tentu sekali berlainan apabila melihat video yang viral selepas keputusan PRU ke 15.
Pas menggunakan perkataan sedekah oleh orang awam seperti kejadian Nordin Abdul Jalil seorang ahli PAS Marang yang memberikan “sedekah” lalu meminta pengundi yang menerima “sedekah”berkata “wallahi saya undi PAS” lantas menghulurkan wang “sedekah”.
Kita bercakap soal moral , soal sokongan yang dibeli dan diterima berasaskan akad “saya undi PAS”. Sekian lama jika parti lawan PAS ianya dianggap sebagai rasuah tetapi apabila wang tersebut mengalir kepada pengundi di sampaikan oleh PAS ia bertukar sebagai “sedekah”. Maka jangalah melenting dengan jolokan PAS Penunggang Agama.
Ana halal..Ante haram…
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











