PAS POLITIKKAN KES CABAR ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1) KELANTAN 2019?

Oleh : ANAK CILI
November 16, 2023 - 10:00 MYT
PAS POLITIKKAN KES CABAR ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1) KELANTAN 2019?
Isu cabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak wajar dipolitikkan oleh PN

Memelihara agama adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam , dalam konteks Malaysia Islam bukan sahaja menjadi Agama Persekutuan yang dilindungi oleh Perlembagaan malahan sebarang perkara melibatkan kepentingan Agama Islam Majlis Raja Raja akan memainkan peranannya . Dalam memenuhi tuntutan Maqasid Syariah tidak hanya dalam hal tuntutan menjaga agama tetapi juga menjaga nyawa, akal, keturunan dan harta.

Pemerintah, Perundangan dan Kehakiman mempunyai peranan masing masing untuk mewujudkan rekonliasi akibat dari tindakan mana mana pihak yang terkeluar dari batas kuasa. 

Cuma di Malaysia akhir akhir ini neraca imbangan serng diusik oleh ahli politik yang menggunakan kedudukan sebagai legislatif sebagai lesen. Lihat sahaja apa yang terjadi apabila Ahli Parlimen PN mula menyeru rakyat untuk berkumpul bagi membantah petisyen dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru untuk satu perhimpunan akan diadakan pada 16 November di Terengganu, diikuti 18 November di Kelantan dan perhimpunan munajat pada pagi 20 November di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Eksploitasi isu agama seperti ini dengan mengadakan perhimpunan akan mengundang kepada ketidaktenteraman awam apatah lagi akan ada ucapan ucapan dari pemimpin PN yang akan mengapi apikan sentimen agama dan kaum secara langsung atau tidak langsung. 

Jika ditelusuri fakta kes tersebut terdapat fakta fakta yang perlu diketahui umum dan bukannya hanya bersandarkan kepada kenyataan pemimpin PN terutama dari PAS.

1. Ini kes kedua masa PN-PAS jadi kerajaan Pusat yang dibenar bicara pada 30/9/2022. Kes pertama bawah PN-PAS ialah Kes Iki Putra 25/2/21.

2. Takiyuddin dan Tuan Ibrahim jadi kerajaan tak buat apa, sekarang sibuk nak berhimpun?

3. Pada Mac 2021, 200 peguam tandatangan petisyen gesa Perlembagaan dipinda rentetan kes Iki Putra. Kerajaan Tebok Atap tido juga.

4. Sebahagian Undang2 Jenayah Syariah dicabar atas alasan Negeri lampaui bidangkuasa menggubal Undang2.

5. Ada beberapa peruntukkan berkaitan Jenayah Enakmen negeri itu ada di bawah senarai kuasa Kerajaan Pusat.

6. Isu ini hanya boleh selesai dengan pinda Perlembagaan selepas kajian mendalam. PN-PAS tak buat juga.

7. Jadi tidak patut Kerajaan Madani dipersalahkan dan difitnah dalam medsos kerana hal ini dah lama timbul sejak 2021 (Iki Putra). Takiyuddin masih menteri Undang2.

8. Nik Elin cabar Undang2 Jenayah Syariah di bawah bidangkuasa Negeri Kelantan, maka Kerajaan Kelantan tak boleh lepas tangan.
 
9. Peguam Negara telah beri nasihat sama kepada Kerajaan Madani dan Kerajaan Persekutuan sebelumnya kerana bidang kuasa berkaitan agama di bawah Kuasa Raja Raja Melayu dan Negeri bukan Kerajaan Persekutuan.

10. Pun begitu pada 19/1/2023 yang lalu, tiga Majlis Agama Selangor, Wilayah dan Kedah telah dibenarkan oleh mahkamah menjadi Sahabat Mahkamah (Amicus Curiae)

Ketua Hakim Negara Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama 9 hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar Petisyen Nik Elin Zurina menarik perhatian semua pihak dan menegaskan, petisyen berkenaan hanya berkaitan pentafsiran perkataan-perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada kena mengena dengan doktrin Islam.

“Oleh yang demikian tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ini ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini,” ujar Ketua Hakim Negara.

Rakyat boleh menilai dengan akal dan bukan dengan emosi. Akan ada pihak yang mengeksploitasi isu  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 demi kelangsungan politik. 

Sewaktu PN berkuasa siapakah Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Parlimen dan Undang Undang? Siapakah  Menteri dan Timbalan Menteri Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri? Bila tidak lagi di tampuk kuasa mula meracau tak tentu hala. Ketika berkuasa tidak berbuat apa apa.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Pemimpin PAS yang berada selama 2 tahun dalam Kerajan Persekutuan. Apa mereka telah lakukan?
Nik Elin dan Takiyudin Hasan. Biarlah gambar berbicara.
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow